[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Najib ucap tahniah kepada Presiden Brazil Dilma Rousseff

Bernama 27/10/2014 | 15:35 MYT
Keputusan rasmi menunjukkan Rousseff memperoleh kemenangan dengan 51.59 peratus manakala calon pembangkang Aecio Neves mendapat 48.41 peratus selepas 99 peratus undi dikira.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden Brazil, Dilma Rousseff, selepas beliau berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua pada Ahad.
"Tahniah Pres @dilmabr di atas pemilihan semula. Malaysia akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala dengan Brazil," kata Najib dalam akaun Twitter beliau malam ini.
Media melaporkan keputusan rasmi menunjukkan Rousseff, presiden pertama wanita di Brazil, memperoleh kemenangan dengan 51.59 peratus manakala calon pembangkang Aecio Neves mendapat 48.41 peratus selepas 99 peratus undi dikira.
#Aecio Neves #Brazil #Dilma Rousseff #Najib Razak #presiden