KERAJAAN hari ini mengumumkan kebenaran rentas negeri kepada individu yang lengkap divaksin bermula esok, 11 Oktober 2021.

Pada masa sama, kerajaan juga turut bersetuju membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui My Travel Pass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.

Negara berwarna hijau dan hijau muda menerima kemasukan pengembara dari Malaysia.

Pastinya ramai yang telah mula merancang untuk bercuti sama ada dalam dan luar negara.

Sehingga kini terdapat lebih 40 negara yang menerima pengembara dari Malaysia yang lengkap divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.

United Kingdom

London, UK

England, Scotland, Wales, Ireland Utara dan kepulauan sekitarnya menawarkan produk pelancongan yang cukup menarik.

Mulai 4 Oktober lalu, pengembara yang bukan dari negara yang disenarai 'merah' dan lengkap divaksin boleh memasuki UK tanpa perlu menjalani kuarantin.

Mereka dibenarkan masuk selepas disahkan negatif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR sewaktu ketibaan.

Jordan

Jordan



Pelbagai tarikan menarik ada di Jordan terutama bandar batuan bersejarah, Petra. Tidak lengkap ke Jordan sekiranya tidak menjejakkan kaki di Tapak Warisan Dunia ini.

Semua pengembara ke Jordan perlu melengkapkan borang sebelum berlepas dan mendapatkan kod QR.

Pengembara juga perlu negatif ujian RT-PCR COVID-19 dalam tempoh sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas.

Sejurus tiba, pengembara yang telah lengkap divaksin termasuk anak wajib melaksanakan ujian RT-PCR.

Maldives

Maldives

Kecantikan alam semula jadi, di darat mahupun di dasar laut menjadi idaman mereka yang merindukan percutian.

Pengembara yang lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin, kecuali jika anda tiba dari UK.

Pengembara yang tiba dari UK dan lengkap divaksin perlu dikuarantin empat hari, sementara yang tidak divaksin perlu dikuarantin 14 hari.

Pengembara hanya perlu lampirkan keputusan negatif RT-PCR yang dibuat dalam tempoh 96 jam.

Dubai (UAE)

Dubai, UAE

Bandaraya metropolitan ini syurga buat pengembara yang menyukai beli belah, hotel mewah, makanan dan pelbagai lagi.

Permohonan Visa Pelancong kini boleh dimohon dengan syarat lain adalah negatif ujian RT-PCR dalam tempoh 72 sebelum berlepas.

Berikut antara negara yang membenarkan kemasukan individu yang lengkap divaksin, bebas COVID-19 dan tidak perlu jalani kuarantin: