awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nak selesai hutang bertimbun sanggup tipu pekerja sendiri konon kena samun

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
12/01/2019
03:02 MYT
Nak selesai hutang bertimbun sanggup tipu pekerja sendiri konon kena samun
Menurut polis, kedua-dua suspek mengaku berpakat untuk menipu pekerja syarikat milik salah seorang suspek kononnya dia disamun dan kehilangan wang sebanyak RM160 ribu. - Foto PDRM
Dek kerana mahu menyelesaikan hutang peribadi berjumlah RM100 ribu, dua lelaki sanggup berpakat membuat laporan polis palsu.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan, salah seorang daripada suspek merupakan pemilik syarikat kedai kelengkapan kereta dan laporan polis berkenaan dibuat bertujuan untuk menipu pekerjanya kerana tidak mahu membayar gaji.
“Polis menerima laporan pada Khamis lepas mengenai suspek berusia 30an yang mendakwa kononnya dirinya telah disamun dua lelaki di tepi jalan Taman Kinrara, Bandar Kinrara dengan modus operandi langgar belakang kereta.
“Ketika kejadian, suspek yang kononnya mangsa samun menaiki kereta jenis Honda Accord dan baru sahaja mengeluarkan wang tunai berjumlah RM160 ribu dari sebuah bank di Kinrara.
“Bagaimanapun, tembelang suspek terbongkar apabila polis IPD Serdang menemui sejumlah wang bernilai hampir RM50 ribu di rumah suspek dan rakannya sekaligus menahan mereka pada pukul 4 petang, Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ismadi berkata kedua-dua suspek mengaku berpakat untuk menipu pekerja syarikat milik salah seorang suspek kononnya dia disamun dan kehilangan wang sebanyak RM160 ribu.
“Kesemua duit berkenaan dipercayai mahu digunakan untuk membayar hutang kedua suspek yang dianggarkan berjumlah RM100 ribu.
“Polis akan mendapatkan permohonan reman dari Mahkamah Petaling Jaya bagi kedua suspek di bawah Seksyen 117 KPJ pagi ini bagi membantu siasatan.
“Siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan kedua duanya akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Beliau pada masa sama memberi amaran keras kepada masyarakat supaya tidak membuat laporan polis palsu kerana ia adalah satu perlakuan jenayah.
“Perbuatan ini bukan sahaja menyusahkan pihak polis malahan tindakan ini membazir duit rakyat akibat polis terpaksa menyiasat kes yang tidak berlaku,” katanya.
Topic Berkaitan
#hutang peribadi
#Ismadi Borhan
#kedai kelengkapan kereta
#Ketua Polis Daerah Serdang
#polis
#samun
#tipu pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan