MALAYSIA
'Nak selesai jenayah di Malaysia, selesai dulu isu dadah’ - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, kebanyakan kes jenayah dilakukan oleh penjenayah yang terlibat dalam tiga kesalahan utama Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Data dan statistik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dianalisis semula menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) membuktikan kebanyakan kes jenayah di negara ini berpunca daripada isu dadah.
Ringkasan AI
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kebanyakan kes jenayah dilakukan oleh penjenayah yang terlibat dalam tiga kesalahan utama Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurutnya, tiga kesalahan utama itu melibatkan Seksyen (15)(1) iaitu memasukkan dadah dalam badan, Seksyen 12(2) iaitu memiliki dadah secara kecil-kecilan dan Seksyen 39(c) kesalahan berulang berkaitan dadah.
“Data menunjukkan corak jenayah di negara kita, (contoh) kalau kita ambil data berjumlah 1.2 juta (kes jenayah), top three adalah terkait dadah.
"Bila kita mendalami lagi, kita dapati kalau dia terjebak kesalahan Seksyen 15 (1) (memasukkan dadah dalam badan) dia berpotensi melakukan 31 jenayah lain manakala Seksyen 12 (2) (memiliki dadah) dia boleh terlibat dalam 11 jenayah lain seperti merompak, ugut dan macam-macam lagi.
“Kesimpulannya, nak selesai jenayah di Malaysia, selesai dulu masalah dadah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi bicara Intan Minister’s Conversation (IMC) di sini, hari ini.
Tambah beliau lagi, selepas isu dadah berjaya ditangani, masalah kesesakan dalam penjara ketika ini turut dapat diatasi.
Jelas beliau, berdasarkan dapatan analisis AI itu, pelbagai dasar dan strategi membanteras jenayah berkaitan dadah yang lebih mantap boleh dirangka kerana ia dilaksanakan berdasarkan data sedia ada yang dimiliki PDRM.
Penggunaan AI bagi analisis data jenayah PDRM itu adalah sebahagian inisiatif KDN bagi memanfaatkan pengaplikasian teknologi berkenaan bagi menyelesaikan masalah sistem penyampaian.
“Itu maksud saya... AI driven for KDN, KDN for AI untuk tahun ini yang sedang berjalan. Kita mula tingkatkan dulu dari segi human resource (sumber manusia) kemudian upskilling (peningkatan kemahiran).
“Akhir sekali digunakan contohnya di Jabatan Imigresen... mereka gunakan data analisis untuk selesaikan masalah,” katanya.
Ringkasan AI
- Analisis semula data jenayah oleh KDN menggunakan teknologi AI menunjukkan majoriti kes jenayah di Malaysia berpunca daripada isu dadah, khususnya melibatkan tiga seksyen utama di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
- Individu yang terlibat dengan kesalahan memasukkan dadah dalam badan berpotensi melakukan sehingga 31 jenayah lain, manakala pemilikan dadah secara kecil-kecilan dikaitkan dengan 11 jenayah lain seperti rompakan dan ugutan.
- KDN merancang strategi baharu berasaskan data PDRM untuk membanteras jenayah berkaitan dadah, dengan penggunaan AI sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh sistem penyampaian dan menyelesaikan isu kesesakan penjara.