Seorang bekas menteri Sarawak Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini dinamakan sempena bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
Linggi berkata legasi Adenan, yang meninggal dunia pada Januari lepas, perlu diteruskan kerana dalam tempoh singkatnya sebagai ketua menteri, beliau amat disayangi oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Sarawak.
"Ia merupakan satu penghormatan yang tepat untuk menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sempena Tan Sri Adenan Satem," katanya pada forum mengenai perpaduan di Sarawak yang dianjurkan Yayasan Perpaduan Sarawak di sini.
Beliau berkata Sarawak mempunyai pemimpin berkualiti yang berfikiran luas dan berpandangan liberal sejak sekian lama yang membolehkan mereka menggubal dasar inklusif bagi mengukuhkan lagi keharmonian kaum dan agama di negeri ini.
Menurutnya ketua menteri dahulu dan sekarang seperti Allahyarham Tun Abdul Rahman Yakub, Tun Abdul Taib Mahmud, Allahyarham Adenan serta Ketua Menteri kini Datuk Amar Abang Johari Tun Openg adalah pelajar Sekolah St Joseph elit pelbagai kaum, yang merupakan 'tadika bagi perpaduan kaum dan agama' dan sinonim dengan Sarawak.
"Ketua Menteri kita sekarang Datuk Amar Johari sememangnya seorang pengamal perpaduan kaum dan pemimpin masa depan kita diharap dapat mewarisi legasi ini," kata Linggi, yang merupakan anak pemimpin Dayak legenda Sarawak, mendiang Tun Temenggong Jugah anak Barieng.
Beliau turut menyentuh tentang rumah panjang Dayak tipikal, di mana beliau dilahirkan, sebagai tempat yang menyediakan persekitaran semulajadi bagi perpaduan.
"Perpaduan adalah rencah penting dalam kehidupan rumah panjang di mana adanya pemahaman budaya, kepercayaan dan nilai-nilai bersama yang lengkap selain sikap yang amat inklusif," katanya.
Menurutnya satu ciri unik Sarawak adalah walaupun mempunyai banyak masyarakat etnik, tidak ada satu kaum pun yang membentuk majoriti dengan tiga kumpulan etnik terbesar iaitu Dayak, Melayu dan China mempunyai jumlah penduduk yang hampir sama.
"Dari segi politik, tidak ada kaum tunggal di Sarawak yang boleh membentuk kerajaannya sendiri," katanya.
Linggi juga berkata ekstremisme kaum dan agama boleh mengancam masa depan Malaysia dan semua pihak perlulah memainkan peranan dalam usaha mengukuhkan lagi semangat kekitaan kepada negara. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
Linggi berkata, ia merupakan satu penghormatan yang tepat untuk menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sempena Tan Sri Adenan Satem (gambar). Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Ramasamy perlu bertanggungjawab jika pengundi pilih pemimpin tidak tepat - Ramanan
Jika kempen tolak undi PH itu berjaya, Ramasamy perlu berdepan penduduk Kuala Kubu Baharu sekiranya timbul masalah pada masa hadapan.
Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.