MALAYSIA
Namewee didakwa dua kes dadah
Namewee membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di dua mahkamah dalam prosiding pada 24 Oktober lalu. - foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pemuzik kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan memiliki dan memberikan dadah berbahaya ke dalam badannya, dua minggu lalu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Wee Meng Chee, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di dua mahkamah dalam prosiding pada 24 Oktober lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa ada dalam milikannya dadah disyaki jenis Ecstasy dengan anggaran berat 5.12 gram di bilik sebuah hotel di Jalan Conlay di sini pada jam 4.30 petang, 22 Oktober lalu.
Susulan itu, pengarah filem Nasi Lemak 2.0 berkenaan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan antara tiga dan sembilan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memberikan diri sendiri dalam badannya, dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine, 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carbolic acid (THC) dan Ketamine.
Kesalahan didakwa dilakukan di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada jam 7.15 petang, tarikh sama.
Pertuduhan dibuat Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan antara dua hingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Dalam kes ini, penyanyi rap tersebut diwakili peguam, Joshua Tay.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Wee Meng Chee, atau Namewee, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memiliki dan memberikan dadah berbahaya.
- Pertuduhan pertama melibatkan dadah jenis Ecstasy yang dianggarkan beratnya 5.12 gram di sebuah hotel di Jalan Conlay.
- Bagi pertuduhan kedua, Wee didakwa memberi diri dadah seperti Amphetamine dan Ketamine di IPD Dang Wangi, dengan hukuman berat jika sabit kesalahan.
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Wee Meng Chee, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di dua mahkamah dalam prosiding pada 24 Oktober lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa ada dalam milikannya dadah disyaki jenis Ecstasy dengan anggaran berat 5.12 gram di bilik sebuah hotel di Jalan Conlay di sini pada jam 4.30 petang, 22 Oktober lalu.
Susulan itu, pengarah filem Nasi Lemak 2.0 berkenaan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan antara tiga dan sembilan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memberikan diri sendiri dalam badannya, dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine, 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carbolic acid (THC) dan Ketamine.
Kesalahan didakwa dilakukan di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada jam 7.15 petang, tarikh sama.
Pertuduhan dibuat Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan antara dua hingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Dalam kes ini, penyanyi rap tersebut diwakili peguam, Joshua Tay.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pertuduhan yang dihadapi oleh Wee Meng Chee, juga dikenali sebagai Namewee, di Mahkamah Majistret baru-baru ini?
A: Wee Meng Chee didakwa atas dua pertuduhan iaitu memiliki dadah berbahaya jenis Ecstasy dan memberikan diri dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine, THC, dan Ketamine. - Q: Di manakah lokasi Wee Meng Chee didakwa memiliki dadah jenis Ecstasy?
A: Wee Meng Chee didakwa memegang dadah jenis Ecstasy di bilik sebuah hotel di Jalan Conlay. - Q: Apakah hukuman yang mungkin dihadapi oleh Wee Meng Chee jika sabit kesalahan terhadap pertuduhan kedua?
A: Jika sabit kesalahan terhadap pertuduhan kedua, Wee Meng Chee mungkin dikenakan denda tidak lebih RM5,000, penjara tidak lebih dua tahun, dan pengawasan antara dua hingga tiga tahun. - Q: Siapakah peguam yang mewakili Wee Meng Chee dalam kes ini?
A: Wee Meng Chee diwakili oleh peguamnya, Joshua Tay. - Q: Bilakah tarikh prosiding di Mahkamah Majistret di mana Wee Meng Chee mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya?
A: Wee Meng Chee mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya pada prosiding pada 24 Oktober lalu di Mahkamah Majistret.
#penyanyi rap Namewee
#Seksyen 12 2 Akta Dadah Berbahaya ADB 1952
#Namewee dan pempengaruh Taiwan
#Namewee ditangkap kerana memiliki dadah