MALAYSIA
Namewee ditahan positif dadah - Ketua Polis KL
Fadil (gambar) berkata, pada 24 Oktober lalu, suspek telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengarah dan pemuzik kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee ditahan polis selepas disyaki memiliki dan menggunakan dadah dalam serbuan di sebuah hotel di ibu negara pada bulan lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan dibuat sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 22 Oktober lalu kira-kira jam 4.30 petang.
"Pemeriksaan di dalam bilik hotel terbabit menemui sembilan biji pil berwarna biru disyaki ecstasy dengan anggaran berat 5.12 gram.
"Suspek berusia 42 tahun itu kemudiannya dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif empat jenis dadah iaitu amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC.
"Suspek direman selama dua hari melalui perintah mahkamah bagi membantu siasatan sebelum pertuduhan dibuat,” katanya.
Fadil berkata, pada 24 Oktober lalu, suspek telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Bagi pertuduhan pertama, suspek didakwa di bawah Seksyen 39A(1) kerana memiliki dadah, manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 15(1)(a) kerana menggunakan dadah.
"Suspek tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan mahkamah membenarkan jamin sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan," katanya.
Ujarnya, kes berkenaan ditetapkan untuk sebutan semula pada 18 Disember depan. - Sinar Harian