awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skandal rasuah ATM: SPRM kemuka kertas siasatan, cadangan pertuduhan kepada pendakwa raya
Trafik penumpang MAHB 2025 cecah 15.53 juta seiring permulaan Tahun Melawat Malaysia 2026
Titah Agong tuntut tindakan menyeluruh perangi rasuah, salah guna kuasa - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Namewee mengaku tidak bersalah miliki dadah, ubat jenis sildenafil

Bernama
Bernama
19/01/2026
05:45 MYT
Namewee mengaku tidak bersalah miliki dadah, ubat jenis sildenafil
Namewee, 43, didakwa memiliki bahan jenis Sildenafil berat bersih 0.78 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay di sini pada 4.30 petang, 22 Okt tahun lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan tambahan memiliki ubat jenis Sildenafil di sebuah hotel, tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Namewee mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki ubat jenis Sildenafil dan dadah Methamphetamine di sebuah hotel tahun lepas.
  • Pertuduhan mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
  • Majistret menetapkan tarikh sebutan kes pada 5 Mac dan mengekalkan jaminan RM2,000 yang ditetapkan sebelum ini.

Namewee, 43, didakwa memiliki bahan jenis Sildenafil berat bersih 0.78 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay di sini pada 4.30 petang, 22 Okt tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, lelaki itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan memiliki dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 1.57 gram pada lokasi, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dengan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menetapkan 5 Mac ini untuk sebutan kes dan mengekalkan jaminan RM2,000 yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal manakala peguam Joshua Tay mewakili Namewee.
Pada 22 Dis tahun lepas, Majistret S.Arunjothy melepas dan membebaskan Namewee daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya, selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa keputusan patologi adalah negatif dan pihaknya menarik balik pertuduhan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Namewee
#kes dadah
#kes mahkamah
#hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan