Datuk Seri Nancy Shukri bukanlah nama asing dalam Kabinet Persekutuan memandangkan sebelum dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan pada Isnin, beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sebelum pengumuman Kabinet, nama beliau antara yang disebut sebagai calon mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bakal menyertai barisan menteri Persekutuan.
GPS ialah gabungan empat parti Sarawak yang sokongan mereka dilihat penting dalam mengakhiri kemelut politik di peringkat Persekutuan susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh.
Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu antara 18 Ahli Parlimen GPS yang menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Perlantikan beliau ke dalam Kabinet selepas pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Sabtu lepas bahawa kerajaan negeri itu menerima pelawaan Muhyiddin menyertai pentadbiran Persekutuan namun kekal berada di luar Perikatan Nasional (PN).
Aturan itu kata Abang Johari adalah mengikut formula PN+pentadbiran GPS.
Berikut adalah biografi Nancy:
1. Nama: Datuk Seri Nancy Shukri
2. Suami: Kamil Misuari
3. Tarikh Lahir : 05/08/1961 (59 tahun)
4. Tempat Lahir : Kuching, Sarawak
5. Anak: (dua lelaki dan seorang perempuan)
- Faeroz Kamil
- Farouk Kamil
- Bibi Freka Kamil
Pendidikan:
- Ijazah Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan Universiti Ohio-UiTM (1998)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of Hull, United Kingdom (1990)
- Diploma Pentadbiran Awam dari ITM Shah Alam (1985)
- Sekolah Menengah Kerajaan Green Road (1974 hingga 1978)
- Sekolah Rendah Padungan Council School (1968 hingga 1973)
Kerjaya (Kerajaan):
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Agensi Inovasi Malaysia, Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia dan Kumpulan Industri Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (Might)(2016-2018)
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Hubungan Undang-Undang) (2013-2016)
- Penasihat Undang-Undang kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) (1992-2003)
Kerjaya (Politik):
- Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak (2006-2008)
- Pembantu Ketua Setiausaha PBB (2007-2010)
- Memenangi kerusi Parlimen Batang Sadong menerusi tiket BN-PBB dan menjadi Ahli Parlimen buat pertama kali (Mac 2008)
- Naib Ketua Wanita PBB (2011 hingga sekarang)
- Memenangi kerusi Parlimen Batang Sadong menerusi tiket BN-PBB dan menjadi Ahli Parlimen bagi penggal kedua (Mei 2013)
- Memenangi kerusi Parlimen Batang Sadong menerusi tiket BN-PBB dan menjadi Ahli Parlimen bagi penggal ketiga (Mei 2018)
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 09 2020
Nancy adalah antara 18 Ahli Parlimen GPS yang menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.
Kekalkan PM Anwar hingga habis penggal - Abang Jo
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dikekalkan untuk menerajui negara sehingga tamat penggal Parlimen.
PRK Jepak: Jangan hiraukan pujukan untuk tidak keluar mengundi - Awang Tengah
Cubaan untuk mengelirukan pengundi itu boleh menjejaskan peratusan turun mengundi dalam PRK itu.
PRK Jepak: Manifesto GPS tawar 14 aku janji
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
PRK Jepak medan kedua uji kecenderungan pengundi muda Sarawak
PRK DUN Jepak menjadi medan kedua bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS), menilai kecenderungan pengundi muda terhadap gabungan parti yang memerintah negeri itu.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Kerjasama PDP-PSB: Tiada tempoh masa untuk sebarang penggabungan
Tiada tempoh masa ditetapkan untuk memuktamadkan penggabungan antara Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu (PSB) di Sarawak.
PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS akan bantu calon Kerajaan Perpaduan - Abang Jo
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu malam ini.
MoU PDP-PSB tiada kaitan dengan GPS - Abang Johari
Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) semalam tidak secara rasmi melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
GPS terus beri tumpuan pastikan Kerajaan Perpaduan stabil - Fadillah
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu terus memberi tumpuan kepada kestabilan Kerajaan Perpaduan demi membangunkan ekonomi dan rakyat Malaysia.