awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pengeluaran sekali gus boleh jejas keselamatan persaraan jangka panjang
MALAYSIA
KWSP gesa reformasi sistem persaraan, kesihatan hadapi penuaan negara
BISNES
Richworks Academy bakal anjur program 10X Bina Bisnes Berjaya di Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Nancy pertahan kenyataan Ketua Polis Kelantan, data berdasarkan siasatan... bukan andaian

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
25/04/2025
07:05 MYT
Nancy pertahan kenyataan Ketua Polis Kelantan, data berdasarkan siasatan... bukan andaian
Nancy menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil para penulis buku Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Tahun 2025-2030, Hanani Sapit (dua kiri) pada majlis hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mempertahankan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pengeluaran data kes jenayah seksual dan narkotik di Kelantan.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Nancy Shukri mempertahankan tindakan PDRM dalam mengeluarkan data jenayah seksual dan narkotik di Kelantan, menegaskan ia berdasarkan siasatan rasmi.
  • Beliau menolak tuduhan bahawa polis mempunyai agenda tertentu, sambil menekankan pentingnya mendapatkan maklumat sahih daripada pihak berkuasa.
  • ADUN Melor, Wan Rohaimi Wan Daud, mengkritik kenyataan polis yang didakwa boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap Kelantan, dengan kemungkinan kaitan kepada kempen PRK DUN Ayer Kuning.

Malah kata beliau, data yang dikeluarkan polis adalah berdasarkan siasatan yang dilakukan.
Justeru Nancy menegaskan, adalah tidak adil untuk menuduh polis mempunyai agenda tertentu dengan cuba memberi gambaran negatif terhadap Kelantan sedangkan mereka hanya menjalankan tugas.
"Beginilah… kalau hendakkan bukti, minta polis kemukakan berapa jumlah daftar sebenar kes. Kami sendiri pun, sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, akan memohon data rasmi daripada pihak polis.
"Apa yang kami keluarkan adalah berdasarkan kepada data kes yang disiasat. Manakala kes yang belum disiasat, tidak akan dimasukkan dalam data kami.
"Jadi, untuk ADUN ini… kadang-kala kita tidak tahu tentang urusan harian. Sebab itu penting untuk mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak polis. Mereka menjalankan tugas, maka kerjasamalah dengan mereka untuk mengetahui keadaan sebenar,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, pada Jumaat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohaimi Wan Daud semasa sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu menegur Ketua Polis Kelantan berhubung beberapa kenyataan yang dikeluarkan secara berturut-turut oleh pihak polis negeri itu.
Menurut wakil rakyat Pas itu, kenyataan tersebut seolah-olah disengajakan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Kelantan sebagai sebuah negeri yang tidak selamat untuk didiami.
Malah, beliau turut mendakwa pendekatan itu mungkin ada kaitan dengan kempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning yang akan diadakan pada Sabtu ini.
Topic Berkaitan
#seksual kelantan
#jenayah seksual
#Nancy Shukri
#terkini
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami