Astro Publication
Mon Dec 22 2014
Memang agak sukar untuk mengetahui di manakah persamaan diantara teknologi Formula 1 dan kereta ‘biasa’ yang kita semua gunakan. Sebenarnya, ia adalah suatu yang jarang ditunjukkan kepada umum. Lebih sukar untuk difahami adalah apabila ada teknologi yang dihasilkan untuk kenderaan biasa diadaptasikan untuk Formula 1.
Lihat contoh enjin hibrid 106A yang digunakan Lewis Hamilton dan Nico Rosberg untuk memastikan kejuaraan pengeluar kejohanan perlumbaan berprestij itu dimenangi oleh Mercedes. Memang Mercedes tiada model kenderaan yang menggunakan enjin 1.6 liter V6 dengan turbo serta motor elektrik, tetapi ada perkongsian teknologi yang ketara – walaupun tidak jelas – diantara kedua-dua komponen.
Ia dinamakan NanoSlide – iaitu sebuah lapisan kurang geseran pada dinding silinder enjin untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan merendahkan pengeluaran gas-gas CO2 dari ekzos.
Ia mula diperkenalkan Mercedes-Benz sejak pada Julai 2005 khas untuk kereta-kereta ber-enjin AMG. Teknologi ini dibangunkan oleh Mercedes-Benz, walaupun proses penggunaanya bagi skala besar-besaran telah dimulakan firma Heller Maschinenfabrik GmbH.
Penggunaan NanoSlide turut meliputi enjin-enjin 4- dan 8-silinder Mercedes-AMG generasi terbaharu. Penggunaan NanoSlide dikatakan antara sebab penting mengapa enjin Mercedes F1 mempunyai kelebihan yang jelas berbanding enjin-enjin yang lain.
Dalam pada itu, NanoSlide juga pernah diiktiraf oleh R&D Magazine sebagai antara 100 produk berteknologi tinggi paling penting bagi tahun 2013.
Tapi, NanoSlide itu apa?
Teknik semburan melengkung wayar berkembar (Twin-wire arc spraying) merembeskan lapisan aloi karbon-besi yang sangat nipis ke permukaan dalaman silinder di dalam ‘crankcase’ aluminium. Lapisan bahan ini adalah sangat tahan-hakisan dan juga mempunyai liang-liang mikro. Liang-liang halus ini pula memerangkap jumlah pelincir yang sangat kecil untuk memberikan prestasi pelinciran yang optimum.
Hasilnya bukan sahaja rintangan yang sangat rendah diantara omboh, gegelung omboh dan dinding silinder (pengurangan 50% berbanding pelinciran biasa); tetapi ‘liner’ besi yang selalu digunakan di dalam blok silinder aluminium tidak diperlukan lagi – lantas mengurangkan berat enjin beberapa kilogram lagi.
Memandangkan sehingga 25% potensi tenaga digunakan untuk mengatasi geseran komponen enjin, NanoSlide juga dapat memberikan penggunaan bahan api yang lebih rendah.
Sekarang, NanoSlide bukan sahaja digunakan untuk enjin F1 dan enjin petrol biasa, tetapi juga untuk enjin diesel. Ia adalah antara ciri-ciri yang tertakluk di dalam teknologi BlueEfficiency oleh Mercedes-Benz.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Tayar lumba 18 inci Pirelli akan muncul lagi di Monaco
Pengulas TV Formula 1 terkenal Martin Brundle akan memandu jentera GP2 sebanyak dua pusingan. Tetapi, apa pentingnya tayar bersaiz ini?
NanoSlide – inovasi dari enjin biasa ke F1
50% lebih licin daripada teknik pelinciran biasa, dan juga mengurangkan berat enjin