SIBU: Pengerusi Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyarankan agensi itu agar mewujudkan kemudahan santuari dan pusat penetasan bagi ikan asli Sarawak seperti empurau, semah dan tengadak.
Beliau berkata usaha itu akan dapat membantu menambah spesies ikan asli di sungai di negeri berkenaan terutamanya di Belaga, Katibas, Ngemah, Kanowit, Machan, Kapit dan Baleh.
Menyedari beberapa sungai telah terjejas disebabkan aktiviti pembalakan dan pembinaan projek pembangunan, terdapat beberapa kawasan di hulu sungai yang masih bersih dan sesuai untuk penyediaan kemudahan penetasan.
"Ia boleh dilakukan kerana ada keperluan untuk menambah (spesies ikan asli) di sungai kita dan kita tahu betapa berharganya ikan empurau, semah, tengadak dan ikan yang lain.
"Walaupun kita mempunyai Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok yang telah mengeluarkan ikan untuk menambah bekalan ikan di sungai, saya tidak fikir ia cukup," katanya kepada pemberita selepas melakukan majlis penutupan Makmal Sosioekonomi URDA di sini semalam.
Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata program itu juga perlu dijalankan di kawasan lain dan tidak terhad di kawasan URDA sahaja.
URDA, agensi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Sarawak yang ditubuhkan pada 12 Julai 2017 untuk merancakkan lagi pembangunan di kawasan Kapit, Kanowit, Song, Belaga dan Bukit Magong, meliputi kawasan seluas 41,186 kilometer persegi.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 bilion untuk projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pada Oktober tahun lepas bahawa URDA akan menerima peruntukan RM1.5 bilion lagi di bawah RMK12.
Nanta yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata 10 peratus daripada peruntukan itu akan disediakan untuk pembangunan sosioekonomi penduduk di kawasan URDA.
"Ini adalah penting kerana selain daripada menyediakan projek kemudahan asas, rakyat di kawasan itu perlu dibantu dalam meningkatkan pendapatan mereka," katanya.
Mengenai program Makmal Sosioekonomi URDA selama dua hari, beliau berkata ia telah menggariskan perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya aktiviti cepat dan mudah, jangka pendek dan sederhana supaya rakyat tidak perlu menunggu terlalu lama untuk meningkatkan pendapatan.
Beliau berharap semua pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan supaya rancangan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022

NANTA: Walaupun kita mempunyai Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok yang telah mengeluarkan ikan untuk menambah bekalan ikan di sungai, saya tidak fikir ia cukup. - Gambar fail

Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seru lebih ramai pemimpin wanita dari Borneo menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.

CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.

PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.

Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.

Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

'Jangan tunggu viral' - JKR, syarikat konsesi diarah tingkat rondaan kenal pasti kerosakan jalan
JKR dan syarikat konsesi yang mengendalikan penyenggaraan jalan raya diingatkan meningkatkan frekuensi rondaan di jalan-jalan seliaan masing-masing.

NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Produk sepanjang 300 meter itu mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di Jerteh dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025.

PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.