GADGETS
Napster diambil alih pada harga $207 juta
Napster mempunyai lesen penstriman untuk berjuta lagu, yang berguna untuk Infinite Reality dalam menceburi arena baharu ini. -Amanz
NAPSTER merupakan salah satu perkhidmatan terawal di era permulaan internet, yang memfokuskan kepada perkhidmatan perkongsian muzik.
Ringkasan AI
Ia telah dimulakan pada tahun 1999, namun, perkhidmatan ditamatkan pada 2001 disebabkan oleh pelbagai masalah perundangan disebabkan pelanggaran hak cipta dan lain-lain.
Aset-aset Napster seterusnya telah berpindah milik beberapa kali. Terbaharu, Napster telah diambil alih oleh sebuah syarikat memfokuskan teknologi 3D, dinamakan Infinite Reality.
Infinite Reality mengambil alih ia pada nilai $207 juta, dan mengunakan Napster sebagai pemasaran dalam dunia metamesta.
Mengikut perancangan awal, Infinite Reality ingin membolehkan pengguna mencipta ruang maya 3D, dan melakukan beberapa perkara termasuk mengikuti konsert atau mendengar lagu melalui ruangan 3D maya berkenaan.
Napster dikatakan mempunyai lesen penstriman untuk berjuta lagu, yang amat berguna untuk Infinite Reality dalam menceburi arena baharu ini.
Secara kasar, ia juga diberikan gambaran seumpama Clubhouse dengan fokus terhadap muzik.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan era Napster baharu bermula. -Amanz
Ringkasan AI
- Napster, perkhidmatan perkongsian muzik yang dimulakan pada tahun 1999, telah diambil alih oleh Infinite Reality pada nilai $207 juta.
- Infinite Reality ingin menggunakan Napster untuk pemasaran dalam dunia metamesta, membolehkan pengguna mencipta ruang maya 3D untuk konsert dan mendengar lagu.
- Napster mempunyai lesen penstriman untuk berjuta lagu, yang berguna untuk Infinite Reality dalam menceburi arena baharu ini.