MALAYSIA
Nasi ambeng bertalam, hidangan tradisional Melayu Jawa yang semakin dilupakan
Juriah menunjukkan hidangan nasi ambeng dalam talam untuk dihidangkan kepada tetamu di kediamannya di Gubok Pawon, Kampung Parit Yaani Tengah, Batu Pahat, 14 Nov 2025. --fotoBERNAMA
BATU PAHAT: Di saat tradisi semakin dilupakan, sepasang suami isteri di Kampung Parit Yaani Tengah di sini, tampil menghidupkan semula adat resam majlis kesyukuran masyarakat Melayu berketurunan Jawa dengan menghidangkan nasi ambeng dalam talam yang sinonim dengan etnik itu, sebagai perniagaan mereka.
Ringkasan AI
Tidak hanya itu, Juriah Saian, 57 dan suaminya Arsad Bardan, 62 yang mengoperasikan Gubok Pawon - bahasa Jawa bermaksud "pondok dapur arang" - sejak Ogos lalu, menyajikan hidangan tersebut di pondok kayu yang dibina bercirikan rumah kampung Melayu lama dan dalam suasana kampung jauh dari hiruk-pikuk bandar.
"Sekarang susah jumpa (tradisi ini), sebab orang tua kita ramai yang sudah tiada. Apabila saya mulakan perniagaan, ramai kata seronok dapat makan dalam suasana kampung dan menggamit memori mereka yang rindu suasana seperti ini," katanya ketika ditemui Bernama, di sini baru-baru ini.
Menurutnya, tradisi menghidangkan nasi ambeng di dalam talam bukan sekadar untuk mengenyangkan perut, tetapi juga melambangkan nilai kebersamaan dan kesyukuran yang menjadi tunjang dalam budaya masyarakat Jawa.
"Sekiranya tidak habis dimakan, lebihan hidangan ini biasanya akan dibawa balik untuk dinikmati seisi keluarga dan amalan itu kita panggil 'nasi berkat'," katanya.
"Tradisi ini pada asal konsepnya, walaupun hidangan tidak sedap, yang penting kuantitinya banyak dalam satu dulang. Ketua keluarga juga kebiasaannya akan jamah sedikit dan selebihnya dibawa pulang (sebagai) nasi berkat," tambah beliau.
Berkongsi lanjut, Juriah berkata nasi ambeng yang dijamu kepada pelanggannya ialah resipi turun-temurun dan dilengkapi lauk "wajib ada" seperti serunding, sambal goreng jawa, mi goreng, ikan masin bulu ayam serta ayam masak kicap atau ungkep, iaitu sajian tradisional masyarakat Jawa yang dimasak secara perlahan.
"Hidangan hanya disajikan di Gubok Pawon dan disediakan berdasarkan tempahan pelanggan dengan setiap set boleh dinikmati oleh empat ke enam orang," katanya dan menambah mereka menerima tempahan untuk pelbagai majlis.
Menurut beliau, sejak beroperasi mereka menerima sambutan menggalakkan dengan tempahan penuh setakat 2 Nov lalu.
Bagi ibu kepada empat anak tersebut, usaha yang dilakukannya itu juga bukan sekadar untuk berniaga, tetapi sebagai tanda kasih terhadap warisan nenek moyang yang kian terhakis ditelan zaman.
Sementara itu, Nur Farra Fazliana Jasmani, 26 yang memilih untuk mengadakan majlis kesyukuran dan adat "melenggang perut" di Gubok Pawon, berkata tradisi tersebut perlu diteruskan kerana keunikannya.
"Walaupun saya bukan orang Jawa, apabila jumpa tradisi seperti ini saya juga mahu merasai pengalamannya. Tradisi ini pula konsepnya selepas selesai majlis, tetamu akan dijamu makan dalam talam yang sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim," katanya.
Wanita itu yang sedang sarat mengandung anak pertama, berkata dia juga akan meneruskan tradisi yang masih diamalkan oleh keluarga suaminya yang berketurunan Jawa tersebut pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pasangan suami isteri di Kampung Parit Yaani Tengah menghidupkan semula adat resam masyarakat Melayu berketurunan Jawa dengan menawarkan hidangan nasi ambeng dalam talam sebagai perniagaan mereka.
- Nasi ambeng bukan hanya untuk mengenyangkan perut tetapi juga melambangkan nilai kebersamaan dan kesyukuran dalam budaya masyarakat Jawa; pelanggan boleh menikmati hidangan tradisional ini di Gubok Pawon, tempahan untuk empat hingga enam orang.
- Usaha pasangan tersebut tidak hanya berniaga tetapi juga sebagai tanda kasih terhadap warisan nenek moyang yang semakin terhakis, sementara pelanggan yang menganjurkan majlis di tempat tersebut turut menyokong tradisi untuk mengeratkan hubungan silaturahim.