awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasib 700 pekerja kilang tayar Silverstone Taiping akan dibela - Exco

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
26/02/2021
06:36 MYT
Nasib 700 pekerja kilang tayar Silverstone Taiping akan dibela - Exco
Kata Shahrul, setakat ini 200 pekerja syarikat Silverstone telah diserapkan ke kilang Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd (TTM). - Gambar fail
IPOH: Kerajaan Perak akan membela nasib kira-kira 700 pekerja di kilang pengeluaran tayar, Silverstone Malaysia Bhd (SSM) di Taiping yang akan menamatkan operasinya pada 30 Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata usaha itu membabitkan beberapa agensi kerajaan antaranya Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak) serta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).
Katanya setakat ini 200 pekerja syarikat tersebut telah diserapkan ke kilang Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd (TTM).
"Mereka mengambil tanggungjawab sebagai majikan yang proaktif. Sebagai contoh minggu lepas buat job fair dan menjemput syarikat-syarikat memerlukan pekerja.
"Close interview. Hanya untuk pekerja-pekerja terkesan. Daripada 900 orang lebih, 200 telah diambil oleh Toyo sendiri dan selebihnya mereka sedang berusaha untuk cuba carikan kerja," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Terdahulu Shahrul zaman mengadakan lawatan kerja ke sebuah kilang pembuatan alat peranti elektronik, Salutica Allied Solution Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Zarib, Lahat, pada Jumaat.
BACA: Operasi kilang tayar Silverstone di Taiping dihentikan Jun ini
Pada 17 Februari lalu SSM dilaporkan akan menamatkan operasinya pada Jun ini sementara pihak pengurusan akan membayar pampasan berdasarkan perjanjian bersama serta memenuhi tanggungjawab di bawah undang-undang berkaitan.
Topic Berkaitan
#Silverstone
#undang-undang
#Malaysia
#pelaburan
#exco Perak
#Shahrul Zaman Yahya
#Toyo Tire
#penutupan kilang silverstone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan