MALAYSIA
Nasib Eda Ezrin akan diketahui beberapa hari lagi
Nasib Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan akan diketahui beberapa hari lagi. - Gambar fail
NARATHIWAT: Nasib penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakan akan diketahui beberapa hari lagi.
Ringkasan AI
Memetik Apakhabartv.com, tarikh akhir permohonan kali kelima pendakwa raya memohon tempoh memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pertama yang membebaskan semua tertuduh akan berakhir Rabu ini.
Eda Ezrin bersama suami, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan mereka, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, kini masih ditahan di penjara berkenaan.
Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat yang dihubungi memaklumkan, pejabat pendakwa raya belum memfailkan rayuan rasmi terhadap pembebasan semua tertuduh.
Menurut beliau, tarikh akhir permohonan pendakwa raya bagi melanjutkan tempoh memfailkan rayuan akan tamat Rabu ini.
“Setakat petang ini, mahkamah belum menerima rayuan daripada pendakwa raya. Tunggu sehingga 6 Ogos ini,” katanya.
Pada 6 Mac lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat yang bersidang selama tiga hari bermula 11, 13 dan 14 Februari, membebaskan mereka daripada tuduhan secara bersama memiliki untuk memperdagangkan 6,059 biji pil kuda.
Bagaimanapun, pembebasan mereka terhalang setelah pendakwa raya memaklumkan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah, justeru mereka terus ditahan di Penjara Pusat Narathiwat sementara menunggu pendakwa raya memfailkan rayuan.
Mahkamah kemudian memberikan kebenaran sebanyak lima kali kepada pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan itu, dengan kali pertama bermula 6 Mac hingga 6 April, kedua (6 April hingga 6 Mei), ketiga (6 Mei hingga 10 Jun), keempat (10 Jun hingga 6 Julai) dan kelima (6 Julai hingga 6 Ogos).
Sementara itu, jurucakap Mahkamah Rayuan Wilayah 9 ketika dihubungi juga memberitahu, pihaknya belum menerima maklumat permohonan daripada pendakwa raya.
“Proses memfailkan rayuan mesti melalui mahkamah wilayah sebelum diserahkan kepada pejabat Mahkamah Rayuan Wilayah 9 di sini (Narathiwat) untuk diproses.
“Bergantung kepada hakim untuk menerima atau menolak rayuan berserta alasan yang diberikan pendakwa raya. Jika diterima, maka hakim akan menetapkan tarikh perbicaraan. Tetapi jika ditolak, semua mereka akan dibebaskan,” katanya.
Beberapa pihak yang arif dengan kes dadah di Thailand yakin pendakwa raya akan memfailkan rayuan dalam kes Eda Ezrin, suami dan rakan mereka.
Pegawai mahkamah di sini yang ditemui berkata, biasanya pendakwa raya akan memfailkan rayuan serta memberi alasan kepada hakim untuk membawa kes ke Mahkamah Rayuan. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Eda Ezrin, suami dan empat rakan masih ditahan di Penjara Pusat Narathiwat walaupun telah dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 6 Mac daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda untuk diperdagangkan, kerana pendakwa raya memohon untuk memfailkan rayuan.
- Tarikh akhir permohonan lanjutan kelima bagi memfailkan rayuan akan tamat pada 6 Ogos ini. Jika tiada rayuan difailkan atau ditolak oleh hakim, semua tertuduh akan dibebaskan.
- Proses rayuan perlu melalui Mahkamah Wilayah sebelum diserahkan kepada Mahkamah Rayuan Wilayah 9. Beberapa pihak menjangkakan pendakwa raya akan memfailkan rayuan, namun setakat ini belum ada permohonan rasmi diterima.