Nasib Haziq dalam PKR diketahui hari ini

Harits Asyraf Hasnan
Julai 3, 2019 06:05 MYT
Nasib dan masa depan Haziq dalam PKR akan ditentukan oleh Biro Politik yang akan bermesyuarat hari ini. - Gambar fail
Nasib Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz bakal diketahui hari ini apabila Biro Politik PKR mengadakan mesyuarat mingguan.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedudukan Haziq dalam parti berkenaan akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR.
"Jawatankuasa Disiplin akan maklumkan kepada kami...semestinya, (hari ini), penjelasan diberikan kepada jawatankuasa disiplin, bukan kepada saya, (akan dimaklumkan) dalam mesyuarat mingguan biro politik," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
Haziq yang sebelum ini mendakwa mengadakan hubungan intim dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diberikan notis 14 hari menjelaskan pengakuan terbukanya itu kepada jawatankuasa disiplin parti pada 19 Jun lalu.
#Azmin Ali #Haziq Abdullah Abdul Aziz #Nasib Haziq dalam PKR diketahui hari ini #Nurul Izzah Anwar #Parti Keadilan Rakyat #PKR #video intim