BERA: Kerajaan tidak tidak pernah meminggirkan golongan penjaja dan peniaga kecil dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup mereka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Justeru, pada tahun ini, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM1 bilion bagi bantuan one-off berjumlah RM1,000 seorang kepada 1 juta penjaja, peniaga kecil dan pemandu teksi di seluruh negara.
"Ada banyak lagi kemudahan lain seperti pinjaman dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional), SME Bank, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan sebagainya.
"Ini adalah sebagai tambahan modal kepada mereka," katanya selepas program walkabout di Pekan Sehari Kerayong, di sini, pada Ahad.
Pada masa yang sama, Ismail Sabri berkata, para penjaja dan peniaga kecil di kawasan Parlimen Bera juga tidak ketinggalan menerima bantuan kerajaan.
"Saya bersetuju dengan permintaan para penjaja apabila di kawasan ini yang tidak mempunyai tandas awam. Saya akan bawa perkara ini ke Majlis Daerah Bera (MDB) supaya dapat menyediakan tandas mudah alih di sini.
"Dulu, mereka berniaga di kawasan lain yang ada kemudahan tandas. Tapi selepas diubah, mereka terpaksa menumpang tandas-tandas kedai berdekatan," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, produk IKS di bawah penjenamaan BeraBest akan diaktifkan semula bagi membantu penjaja atau peniaga kecil yang mempunyai produk dapat dipasarkan ke pasaran yang lebih luas.
Ismail Sabri berkata, perkara ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Pertubuhan Peladang KAwasan (PPK) supaya mengaktifkan semula jenama tersebut.
"BeraBest adalah produk yang dihasilkan peniaga IKS daerah Bera yang diketengahkan semasa saya menjadi Menteri Pertanian pada ketika itu. Malah, jenama BeraBest juga telah dipatenkan.
"Namun, setelah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, perkara itu tak dapat diteruskan dengan lancar. Jadi, saya akan aktifkan semula BeraBest," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Peniaga Pasar Malam, Pasar Pagi Daerah Bera, Kamarulzaman Ismail berkata, keprihatinan dan sikap ambil berat Perdana Menteri itu menjadi pujian dalam kalangan penjaja, lebih-lebih lagi apabila para penjaja tidak terlepas dari menerima sebarang bantuan.
"Kami sangat bersyukur sebab PM sentiasa ada untuk kami di sini. Kalau saya mengadu masalah, tak pernah tak selesai. Kalau tak PM yang tolong, dia (PM) akan minta pegawai atau kakitangan yang bantu selesai.
"Setakat ni, memang tiada masalah besar. Cuma tadi, saya ada minta supaya tandas awam dapat disediakan di sini untuk kegunaan para penjaja di sini," katanya.
Jelasnya, keprihatinan perdana menteri telah ditonjolkan sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Bera pada tahun 2009 lagi, dan beliau berharap, keadaan itu berkekalan pada masa akan datang.
Azee Shafy
Sun Nov 06 2022

Ismail Sabri bermesra dengan orang ramai sewaktu program walkabout di Pekan Sehari Kerayong, di Bera, pada Ahad.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Ismail Sabri jalani pembedahan mata
Prosedur pembedahan berlangsung selama dua jam dan selesai kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Pilih pemimpin kembali julang maruah UMNO - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan seluruh ahli UMNO supaya membuat pilihan tepat ketika sesi pemilihan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada Sabtu.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan - Fuziah
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak diteruskan lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Kerajaan digesa semak semula pelaksanaan cukai barangan mewah - Ismail Sabri
Ini kerana, katanya, pelaksanaan cukai itu berpotensi menjadikan Malaysia destinasi bukan pilihan oleh pelancong asing yang ingin berbelanja dan membeli belah.

Pengeluaran KWSP: 'Rakyat nak sekarang, bukan 15 tahun lagi' - Ismail Sabri
Ramai dalam kalangan rakyat didakwa hampir muflis dan terdesak untuk meneruskan kehidupan termasuk mangsa banjir.

Bicara kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman Adam bermula 29 Jan 2024
Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 29 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli MT UMNO Datuk Lokman Noor Adam.

Pemilihan UMNO: Wan Rosdy, Ismail Sabri antara enam ketua bahagian menang tanpa bertanding
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara enam ketua bahagian di Pahang yang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti.

RoS ada kuasa tangguh Pemilihan UMNO - Ismail Sabri
RoS sepatutnya menangguhkan proses pemilihan UMNO sehingga satu keputusan dicapai bagi permohonan usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 berkenaan pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Tidak pertahan jawatan, Ismail Sabri sudah sampai kemuncak karier - Ahmad Maslan
Ahmad mendakwa Ismail Sabri dan beberapa individu lain kini 'bersama' bekas Perdana Menteri.