[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
MALAYSIA

Nasib rakyat Malaysia yang ditawan penculik belum disahkan

Khairunnisa Kasnoon 17/11/2015 | 14:40 MYT
Chan Wai See (kanan) isteri kepada Benard Then, dan Chung Chin Lung, anak kepada Thien Nyuk Fun menunjukkan gambar mangsa culik di pejabat Menteri Dalam Negeri Ogos lalu. - Foto Bernama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku pertempuran antara pihak berkuasa Filipina dengan kumpulan penculik di Pulau Jolo petang Selasa.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun memaklumkan, pihaknya masih belum dapat mengesahkan nasib rakyat Malaysia yang masih menjadi tawanan penculik berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bernard Then, 39, diculik pada Mei lalu bersama pengurus restoran, Thien Nyuk Fun, 50 di Ocean King Seafood Restaurant.
Bagaimanapun, Nyuk Fun dibebaskan selepas 179 hari menjadi tawanan kumpulan penculik didalangi Muktadil Brothers.
Beberapa laporan portal berita melaporkan, Bernard dipancung kumpulan pengganas Abu Sayyaf beberapa jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Manila untuk persidangan Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Genera Alan Arrojada mengesahkan jurutera itu, dipancung sekitar jam 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf Di Jolo.
#Bernard Then #Khalid Abu Bakar #pancung #PDRM #penculik #Pulau Jolo