awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasrudin akui hubungan pemuda Pakatan Rakyat masih goyah

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
21/11/2013
01:02 MYT
Nasrudin akui hubungan pemuda Pakatan Rakyat masih goyah
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan secara terbuka mengakui bahawa kerjasama dikalangan pemuda Pakatan Rakyat masih lagi goyah dan boleh menjejaskan hubungan parti komponennya.
Nasrudin berkata pemantapan Pemuda Pakatan Rakyat perlu menjadi keutamaan bagi menangani pelbagai isu secara kolektif.
"Setakat hari ini, pemuda Pakatan Rakyat masih belum dilihat sederap dan selangkah walaupun menghayun kaki dan tangan bergerak ke arah yang sama," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-54 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam tadi.
Ucapan Nasrudin itu dilihat sebagai signal kepada sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai kepentingan untuk menjaga keharmonian antara ketiga-tiga parti komponen.
Pertikaian mengenai isu pertindihan kerusi yang ditandingi wujud antara Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
Ianya bermula apabila Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akim secara lantang menegur pimpinan PAS terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dianggap jadi punca pembangkang kalah di kerusi yang terlibat dengan isu pertindihan calon.
Topic Berkaitan
#Dewan Pemuda PAS Malaysia
#Nasrudin Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan