awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasrudin umum tidak pertahan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2013
08:08 MYT
Nasrudin umum tidak pertahan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS
Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, lapor Harakah Daily.
Nasrudin dilaporkan sebagai berkata beliau membuat keputusan tersebut untuk memberi laluan kepada kepimpinan baru mengetuai dewan itu dengan baik.
"Secara rasminya saya mahu mengumumkan bahawa saya menarik diri dari bertanding mengekalkan jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia.
"Dewan Pemuda tidak pernah ketandusan pemimpin berwibawa. Jadi terserah kepada perwakilan untuk membuat pilihan kepimpinan baru menerajui pemuda akan datang," katanya
Nasruddin bagaimanapun dilaporkan berkata, akan menerima untuk pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Bagi jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar sebelum ini mengumumkan menerima enam pencalonan.
Selain Nasrudin, lima lagi pencalonan adalah Kamaruzzaman Mohammad, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-His, Dr Riduan Mohd Nor, Suhaizan Kaiat dan Zulhazmi Zakaria.
Topic Berkaitan
#Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
#Nasrudin Hassan
#pemilihan pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan