MALAYSIA
Nasyrul Quran mulakan cetakan 20,000 musyaf terjemahan Tamil
Projek Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyebarkan risalah Al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa ke seluruh dunia. - Gambar tourism.ppj.gov.my
PUTRAJAYA: Nasyrul Quran, pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia hari ini memulakan proses percetakan 20,000 mushaf al-Quran dengan terjemahan bahasa Tamil sebagai sebahagian daripada projek Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran.
Ringkasan AI
Majlis pelancaran simbolik cetakan itu disempurnakan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan bersama Pengerusi Yayasan Restu Datuk Dr Abdul Latif Mirasa dan Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) merangkap Pengerusi Ops Ihsan Jismi Johari.
Nasyrul Quran dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan kesediaan 20,000 naskhah al-Quran wakaf untuk dihantar ke Zanzibar, Tanzania bagi menyokong pendidikan Islam dan memperkasakan komuniti Muslim di wilayah tersebut yang sangat memerlukan naskhah al-Quran berkualiti.
"Bagi bantuan pascabencana iaitu Malaysia, Aceh dan Selatan Thailand, sebanyak 10,000 naskhah al-Quran wakaf telah dikhaskan untuk misi penggantian naskhah yang rosak akibat bencana alam," menurut kenyataan itu.
Ahmad Maslan dalam kenyataan sama berkata usaha berkenaan bukan sekadar aktiviti percetakan tetapi merupakan tanggungjawab dakwah yang melangkaui sempadan geografi.
"Melalui inisiatif Sejuta Al-Quran, kami ingin memastikan tiada umat Islam yang tercicir daripada memiliki naskhah Al-Quran yang mampu mereka fahami.
"Cetakan 20,000 naskhah al-Quran berserta terjemahan bahasa Tamil ini adalah langkah strategik untuk mendekati jutaan penutur bahasa tersebut, manakala agihan wakaf ke Zanzibar dan kawasan banjir adalah bukti solidariti umat Islam Malaysia terhadap saudara seagama di luar negara," katanya.
Projek Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyebarkan risalah Al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa ke seluruh dunia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Nasyrul Quran memulakan proses percetakan 20,000 mushaf al-Quran dengan terjemahan bahasa Tamil dalam rangka projek Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran.
- Cetakan al-Quran ini disumbangkan untuk pendidikan Islam di Zanzibar, Tanzania serta untuk misi penggantian naskhah rosak di Malaysia, Aceh, dan Selatan Thailand akibat bencana alam.
- Projek ini diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan matlamat memastikan umat Islam memiliki akses kepada Al-Quran dalam pelbagai bahasa.