DREBAR

Naza Kia Malaysia anjurkan promosi khas ‘Power Deals’

Astro Publication 02/11/2015 | 04:50 MYT

Kempen ‘Power Deals’ yang dianjurkan Naza Kia Malaysia memberi pembeli pelbagai model Kia beberapa kelebihan menarik termasuk rebat sehingga RM12,000. Ia juga termasuk penyelenggaraan percuma untuk 3 tahun, ataupun bersamaan 60,000km yang merangkumi kos alat ganti dan tenaga kerja. Antara syaratnya adalah pemilik perlu mengikut jadual servis seperti yang dikehendaki syarikat.

Anda boleh memilih antara enam model iaitu Picanto, Rio, Cerato, Optima K5, Sportage dan Sorento.

Pemilik Kia sedia ada mempunyai lebih motivasi kerana mereka juga boleh menaik taraf model sekarang dengan RM3,000 tambahan kepada nilai model yang hendak ditukarkan. , pembelian baharu masih layak mendapat rebat dan pakej penyelenggaraan yang dinyatakan tadi.

Model yang diterima untuk penukaran termasuk yang lama seperti Picanto/Suria, Forte, Koup, Sephia, Spectra, Naza Ria dan lain-lain.

Serentak dengan kempen yang diadakan hanya untuk sementara waktu ini, Naza Kia Malaysia akan mengadakan Hari Pelanggan daripada November 6 sehingga 8 nanti di semua bilik pameran Kia di seluruh Malaysia.
# # Naza Kia #KIA