[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DREBAR

Naza World Auto-Mania bermula hari ini!

Astro Publication 24/04/2015 | 03:50 MYT
Hari ini bermulalah acara Naza World Auto-Mania, di mana peminat-peminat kereta dan motorsikal dapat melihat dan seterusnya membeli apa yang dihajat dari pilihan stok yang mampu membuatkan sesiapapun hilang akal.
Diadakan serentak untuk meraikan ulangtahun 40 tahun Naza World Group, para hadirin juga akan dapat peluang memandu uji kenderaan terpilih, sambil ahli keluarga lain dapat meluangkan masa dengan bermacam-macam aktiviti sampingan yang disediakan.
Semua pembeli kenderaan ketika Naza World Auto-Mania ini diadakan dari Jumaat, 24 April hingga Ahad, 26 April ini akan mendapat harga istimewa di samping hadiah tambahan. Tambahan lagi, semua pembeli turut layak menyertai cabutan bertuah istimewa.
Naza World Auto-Mania ini akan dibuka untuk kunjungan dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan diadakan di Naza World Automall, Petaling Jaya.
# #Naza