KUALA LUMPUR: Pengerusi Ikhlas Capital, Tan Sri Nazir Tun Razak bersama 54 tokoh politik, akademik, ekonomi, kesihatan dan undang-undang mencadangkan kerajaan mewujudkan “Better Malaysia Assembly”, reformasi dalam pentadbiran negara.
Menerusi surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini, Nazir berkata, platform yang mereka cadangkan itu merupakan langkah pertama dalam ‘membina semula’ Malaysia.
Menurut beliau, cadangan itu menekankan tiga fokus utama iaitu penegasan semula prinsip kenegaraan Malaysia dan kontrak sosial dan mengenal pasti dasar khusus serta perubahan perundangan yang diperlukan.
Selain itu, platform itu juga akan membincangkan cadangan berhubung bagaimanakah cara demokrasi, institusi dan ekonomi Malaysia harus berfungsi.
“Ia termasuklah berkaitan isu sistem pilihan raya, pembiayaan politik, hubungan Persekutuan - Negeri, peranan institusi, tindakan afirmatif dan pendidikan,” katanya menerusi surat tersebut.
Beliau berkata, pembaharuan yang dicadangkan akan dapat dicapai selepas perbincangan tertutup dan melalui konsensus ahli yang menyertai Dewan itu.
“Mereka perlulah individu yang terdiri daripada pemikir yang tidak berpihak dan wakil pelbagai segmen sosial dan pihak berkepentingan.
“Kami menganggarkan perbincangan mengambil masa antara 18-24 bulan,” ujarnya.
Tambah beliau, cadangan daripada “Better Malaysia Assembly” akan dikemukakan kepada Parlimen untuk pertimbangan dan perbahasan serta menjalani proses undian.
“Keputusan Parlimen kemudiannya tertakluk kepada pengesahan Tuanku. Proses ini tidak akan menjejaskan tetapi sebaliknya meningkatkan demokrasi kita,” kata Nazir melalui surat tersebut.
Daripada membentangkan syor terus kepada Parlimen, mereka mencadangkan agar komposisinya diputuskan melalui proses yang turut melibatkan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan ahli masyarakat yang dihormati.
Sebarang keputusan dalam pemilihan ahli akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja untuk keputusan muktamad.
“Kami dengan segala hormatnya berserah kepada Duli Yang Maha Mulia dan Majlis Raja-Raja untuk memperakui pembentukan “Better Malaysia Assembly”.
“Kami kemudiannya akan berusaha untuk bekerjasama dengan kerajaan, pembangkang dan NGO mengenai perinciannya dan prosesnya,” katanya.
Astro Awani
Thu Nov 25 2021
Pengerusi Ikhlas Capital, Tan Sri Nazir Tun Razak bersama 54 tokoh politik, akademik, ekonomi, kesihatan dan undang-undang mencadangkan kerajaan mewujudkan "Better Malaysia Assembly", reformasi dalam pentadbiran negara.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.