awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazir Razak bimbang dengan kejatuhan ringgit

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
13/08/2015
10:21 MYT
Nazir Razak bimbang dengan kejatuhan ringgit
Pengerusi kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak hari ini menyatakan kebimbangannya mengenai kejatuhan nilai mata wang ringgit yang ditutup rendah pada RM4.04 berbanding dolar Amerika Syarikat, pada pertama kalinya sejak tahun 1998.
Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak hari ini menyatakan kebimbangannya mengenai kejatuhan nilai mata wang ringgit yang mencecah RM4 berbanding dolar Amerika, pertama kali sejak tahun 1998.
f
f
Gambar yang dimuatnaikkan oleh Nazir di laman instagramnnya
“Masa yang teruk untuk diganggu dengan politik dan terlalu banyak liputan media antarabangsa yang negatif. Pasukan kewangan kita yang terbaik dan paling kredibel serta berpengalaman dalam menangani krisis, perlu diletakkan di hadapan pasaran dengan segera,” katanya di dalam laman Instagramnya.
Nazir juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada 5 petang Rabu, mata wang ringgit ditutup rendah pada RM4.04 berbanding dolar AS daripada RM3.96 pada Selasa.
Pelbagai pihak mendakwa kejatuhan ringgit disebabkan keadaan global semasa, kejatuhan nilai yuan.
Hari ini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata Bank Negara tidak akan menambat nilai ringgit seperti yang pernah dilakukan sewaktu krisis kewangan Asia 1997/98 yang lalu.
Beliau berkata ini adalah kerana Malaysia mempunyai regim tukaran asing yang fleksibel bagi memudahkan penyelarasan ekonomi mengikut perubahan global.
Topic Berkaitan
#CIMB
#Nazir Razak
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan