MALAYSIA
NCPR: Kerajaan Pulau Pinang kemuka EIA baharu selepas reka bentuk laluan dimuktamad - Zairil
Zairil berkata kerajaan Pulau Pinang akan memohon pindaan selepas reka bentuk terperinci dimuktamadkan selewat-lewatnya awal tahun depan. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mengesahkan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) baharu diperlukan bagi Projek Jalan Berkembar Pantai Utara (NCPR) susulan keputusan untuk mengubah suai sebahagian jajaran laluan pantai lebuh raya terbabit.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata kerajaan Pulau Pinang akan memohon pindaan selepas reka bentuk terperinci dimuktamadkan selewat-lewatnya awal tahun depan.
"Kerajaan negeri telah melengkapkan semua penilaian dan kajian diperlukan termasuk Penilaian Impak Sosial (SIA) dan EIA dengan SIA dijalankan sebagai sebahagian daripada proses EIA serta sesi libat urus awam diadakan pada 2016 sebelum kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan pada November 2017.
"Sesi berkenaan termasuk town hall dan rundingan awam melibatkan penduduk dari Batu Ferringhi, Tanjong Bungah, Teluk Bahang, pertubuhan bukan kerajaan, penduduk setempat serta industri pelancongan, dengan dapatan menunjukkan lebih dua pertiga responden menyokong pelaksanaan NCPR," katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata memandangkan kerajaan Pulau Pinang kini memutuskan untuk mengubah sebahagian daripada laluan NCPR itu, EIA baharu diperlukan bagi bahagian pantai yang baharu dan semua prosedur yang sewajarnya akan dipatuhi.
Zairil berkata NCPR adalah komponen penting dalam dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, menyediakan laluan alternatif ke Batu Ferringhi dan Teluk Bahang selain menangani isu kesesakan lalu lintas yang berlarutan di jalan raya sedia ada yang hanya dua lorong sehala.
Beliau berkata kerajaan negeri komited untuk melaksanakan projek berkenaan dan akan sentiasa memastikan semua proses sewajarnya dipatuhi serta mengambil langkah mitigasi bagi meringankan kesulitan penduduk terjejas.
Terdahulu, kira-kira 20 ahli Persatuan Penduduk Tanjung Bungah berhimpun di hadapan bangunan DUN untuk menyerahkan surat memohon pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan NCPR serta mendesak kerajaan negeri mengadakan sesi libat urus atau town hall.
Projek NCPR merupakan sebahagian daripada projek tiga jalan utama dan terowong yang dianugerahkan pada 2013 dengan melibatkan pembinaan lebuh raya sepanjang 10.61 kilometer (km) meliputi 8.41km laluan darat dan 2.2km laluan jejambat pesisir menghubungkan Tanjung Bungah dengan Teluk Bahang.
Pembinaannya dijangka bermula pada 2026 dan siap menjelang 2031. Apabila siap kelak, masa perjalanan dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dijangka berkurangan dari 30 hingga 45 minit pada waktu puncak kepada hanya tujuh minit.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Pulau Pinang mengesahkan perlunya Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) baharu bagi Projek Jalan Berkembar Pantai Utara (NCPR) susulan keputusan mengubah sebahagian jajaran laluan pantai lebuh raya terbabit.
- Reka bentuk terperinci projek dijangka siap awal tahun depan, selepas kerajaan negeri melengkapkan semua penilaian dan kajian termasuk Penilaian Impak Sosial (SIA) dan EIA dengan SIA.
- Projek NCPR merupakan komponen penting dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, memberi laluan alternatif ke Batu Ferringhi dan Teluk Bahang serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya sedia ada.