[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Neelofa luah kesedihan atas nasib Utusan Melayu

Astro Awani 19/08/2019 | 11:44 MYT
Neelofa luah kesedihan atas situasi yang menimpa syarikat akhbar, Utusan Melayu dan tawarkan peluang pekerjaan kepada yang memerlukan.
Pengacara dan selebriti, Neelofa mengakui terkejut dengan situasi yang menimpa syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Berhad melalui ciapan di lama Twitter miliknya pada Isnin.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, syarikat penerbitan berkenaan banyak membantu membina kariernya sejak awal pembabitan dalam lapangan seni tanahair.
“Saya mahu membalas budi baik mereka. Jika anda kenal sesiapa daripada bahagian sumber manusia atau mana-mana syarikat yang ingin mencari pekerjaan, tinggalkan butiran anda!,” katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, lebih 100 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad mengadakan piket di luar bangunan syarikat akhbar itu bagi menuntut gaji yang tertunggak sejak tiga bulan lalu pada Isnin.
Piket yang berlangsung selama satu jam bermula pukul 1 tengah hari itu diadakan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
BACA: Utusan Melayu henti cetak akhbar Rabu ini?
Isu kelewatan bayaran gaji menyebabkan kakitangan syarikat berdepan kesukaran untuk menguruskan perbelanjaan harian.
Selain itu, bekas kakitangan yang mengambil Skim Pemisah Sukarela (VSS) turut menerima nasib sama apabila bayaran terakhir yang diterima adalah pada Jun lepas.
BACA: Kakitangan Utusan Melayu adakan piket tuntut gaji tertunggak tiga bulan
Lebih menyedihkan lagi apabila syarikat akhbar keramat yang sinonim dalam memperjuangkan hak-hak masyarakat Melayu itu difahamkan akan memberhentikan operasi mencetak akhbar bermula Rabu.
Difahamkan operasi harian syarikat hanya akan berjalan menerusi platform digital sehingga diberitahu kelak.
#gaji #Kosmo #Melayu #Neelofa #operasi mencetak akhbar #piket #skim pemisah sukarela #utusan melayu #VSS