awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara ASEAN perlu bersatu suarakan isu perubahan iklim - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
10/09/2024
23:40 MYT
Negara ASEAN perlu bersatu suarakan isu perubahan iklim - Nik Nazmi
Nik Nazmi berucap pada Seminar Serantau mengenai Keadilan Iklim oleh Building and Wood Workers International di Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pendirian teguh dalam kalangan negara anggota ASEAN mengenai perubahan iklim adalah penting bagi memastikan suara dari rantau ini didengari di peringkat global, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata jika negara anggota ASEAN bekerjasama dan memanfaatkan 670 juta penduduk serta kekuatan ekonomi rantau ini, suara mereka akan lebih dihormati.
"ASEAN mempunyai 670 juta penduduk. Menjelang 2030, kita (ASEAN) akan menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia. Jadi saya rasa itulah yang kita mahu manfaatkan daripada ASEAN," katanya dalam sidang media Seminar Serantau mengenai Keadilan Iklim oleh Building and Wood Workers International (BWI) di sini semalam.
Mengenai Persidangan ke-29 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP 29) di Baku, Azerbaijan pada November ini, Nik Nazmi berkata Malaysia akan memberi tumpuan kepada kewangan iklim.
"Malaysia komited untuk membincangkan isu perubahan iklim secara menyeluruh, termasuk usaha membina konsensus secara bersama berhubung perkara berkenaan di peringkat global. Keutamaan pada tahun ini tertumpu kepada kewangan iklim.
"Kita akan memberi tumpuan untuk memastikan komitmen yang dibuat oleh negara-negara maju mendapat perhatian kerana banyak janji telah dibuat tetapi belum dilaksanakan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi berkata pembinaan setiap projek hidroelektrik perlu mematuhi undang-undang dan prosedur.
"Pertama, jika ia melibatkan tanah Orang Asli, terdapat dasar khusus. Kedua, kalau melibatkan kawasan sumber dan hutan, ia juga ada peraturan," katanya.
Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan dua syarikat terlibat dengan projek pembinaan empangan hidroelektrik mini di Ulu Geruntum, Gopeng supaya keluar dari tanah adat Orang Asli itu serta-merta dan menghentikan pembinaan projek berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi
#perubahan iklim
#ASEAN
#UNFCCC COP 29
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan