awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Asia-Pasifik minat pelajari pengalaman Malaysia laksana JENDELA, 5G - Fahmi

Bernama
Bernama
30/05/2025
14:15 MYT
Negara Asia-Pasifik minat pelajari pengalaman Malaysia laksana JENDELA, 5G - Fahmi
Fahmi mengetuai delegasi Malaysia ke APT-MM 2025 yang berlangsung dari 30 hingga 31 Mei, antara lain bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat. - Foto BERNAMA
TOKYO: Beberapa negara rantau Asia-Pasifik menyatakan minat untuk mempelajari pengalaman Malaysia dalam melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) serta pembangunan rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pertemuan dua hala bersama wakil beberapa negara rantau berkenaan sempena Asia-Pacific Telecommunity Ministerial Meeting (APT-MM) 2025 di sini, turut membincangkan mengenai usaha menangani masalah penipuan (scam) serta jenayah dalam talian.
"Saya melihat banyak peluang untuk Malaysia menjalin kerjasama lebih erat dengan negara-negara serantau, termasuk dalam kalangan Asia-Pasifik, bagi kita mengadaptasi strategi terbaik yang telah mereka laksanakan.
"Pada masa sama, mereka juga boleh mempelajari daripada pengalaman Malaysia, khususnya dalam menambah baik infrastruktur menerusi program JENDELA dan pelaksanaan 5G," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Terdahulu, Fahmi mengadakan perbincangan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri Republik Fiji Manoa Seru Nakausabaria Kamikamica serta Menteri Penerangan dan Teknologi Komunikasi Iran Dr Seyed Sattar Hashemi.
Fahmi mengetuai delegasi Malaysia ke APT-MM 2025 yang berlangsung dari 30 hingga 31 Mei, antara lain bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat.
Menurut Fahmi, Malaysia mengiktiraf peranan penting Fiji membangunkan infrastruktur digital dalam kalangan negara Kepulauan Pasifik, dan menyambut baik peluang untuk memperkukuh kerjasama dua hala.
"Inisiatif transformasi digital Fiji juga amat progresif, termasuk pelaksanaan pendaftaran kelahiran secara dalam talian, penambahbaikan proses perniagaan, dan inovasi seperti M-PAiSA Mastercard.
"Malaysia turut menghargai sumbangan aktif Republik Islam Iran dalam APT, dan kedua-dua negara komited meneroka kerjasama lebih erat dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi," katanya.
Bertemakan "Harnessing Emerging Technologies for Sustainable, Inclusive and Equitable Digital Transformation in the Asia-Pacific", APT-MM 2025 menghimpunkan 31 negara anggota serta 19 ahli gabungan terdiri daripada pihak kerajaan, pihak pengawal selia dan agensi swasta dari rantau Asia-Pasifik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asia-Pasifik
#rangkaian 5G
#JENDELA
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan