MALAYSIA
Negara berdepan kekangan laksana Pengurusan Sumber Air Bersepadu - Fadillah
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berucap merasmikan Forum Air Malaysia 2025 di Putrajaya pada Selasa. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan mengakui negara berdepan beberapa kekangan dalam pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) secara menyeluruh.
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, antara halangan itu adalah isu penyelarasan antara agensi, keterbatasan sumber kewangan dan tahap kesedaran.
“Dalam hal ini, kapasiti teknikal perlu dipertingkat untuk memastikan perubahan daripada segenap lapisan. Harapan saya adalah Forum Air Malaysia 2025 ini dapat dijadikan medan memperkukuh komitmen dalam mempercepatkan pelaksanaan IWRM secara lebih sistematik dan berkesan,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian semasa melancarkan forum berkenaan, di sini, pada Selasa.
Rentetan itu, Fadillah memaklumkan, pengurusan air harus dilaksanakan secara holistik merangkumi aspek bekalan, kualiti air, pengairan, pengurusan banjir serta pemuliharaan ekosistem.
“Penyertaan aktif semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan, swasta, masyarakat sivil, institusi pendidikan dan komuniti akar umbi adalah amat mustahak.
“Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2025 Peringkat Kebangsaan yang telah menghimpunkan pelbagai pihak adalah salah satu contoh pendekatan inklusif ini,” katanya lagi
Jelasnya, kerajaan turut menggunakan amalan berasaskan bukti, iaitu setiap keputusan dasar dan pelaksanaan program perlu berpandukan data saintifik, kajian impak serta indikator prestasi yang jelas.
“Para pemimpin dunia telah menekankan bahawa air kini dianggap sebagai ‘the new oil atau minyak baharu’ iaitu sumber strategik yang menentukan kemampanan ekonomi dan ekologi sejagat.
“Objektif utama penganjuran forum ini adalah untuk menilai dan membincangkan cabaran serta meneroka peluang dan penyelesaian baru dalam pengurusan sumber air di Malaysia.
“Maka, tumpuan akan diberikan kepada isu seperti ketidakseimbangan agihan air, pencemaran, serta keperluan kepada sistem amaran awal, dan pengurusan air bawah tanah yang lebih berdaya tahan,” ujarnya.
IWRM, satu pendekatan penting dalam memastikan sumber air negara diurus secara mampan, menyeluruh dan inklusif serta mengimbangi keperluan pelbagai sektor termasuk domestik, industri, pertanian dan alam sekitar.
Pelaksanaan IWRM menjamin bekalan air bersih, menyokong pertumbuhan ekonomi, mengurangkan risiko bencana serta meningkatkan akses saksama kepada air dan sanitasi.
Ringkasan AI
- Kerajaan akui pelaksanaan IWRM berdepan kekangan seperti kurang penyelarasan antara agensi, masalah kewangan dan tahap kesedaran yang rendah, menurut TPM Fadillah Yusof.
- Forum Air Malaysia 2025 dijadikan platform memperkukuh usaha pengurusan air secara holistik, termasuk bekalan, banjir, pengairan dan ekosistem, dengan pendekatan berasaskan bukti dan inklusif.
- Air dilihat sebagai -minyak baharu- oleh pemimpin dunia, justeru Malaysia beri tumpuan kepada isu agihan tidak seimbang, pencemaran dan pengurusan air bawah tanah yang lebih tahan lasak.