awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara di landasan tepat kurangkan kebergantungan bawang merah import

Bernama
Bernama
03/02/2024
13:26 MYT
Negara di landasan tepat kurangkan kebergantungan bawang merah import
Tahun 2024 adalah masa untuk mengorak langkah kepada penanaman secara besar-besaran, kata Mohamad Sabu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa negara berada di landasan yang tepat dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada bawang merah import.
Beliau berkata perkara itu adalah susulan kejayaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menghasilkan tiga varieti Bawang Merah Mardi iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 tahun lepas.
"Tahun 2024 adalah masa untuk kita mengorak langkah kepada penanaman secara besar-besaran.
"Bersama kita mampu jayakannya!," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Sebelum ini, Mohamad ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kementerian itu akan memberi fokus untuk mengukuhkan industri bawang tahun ini.
Dalam memenuhi matlamat pengurangan import bawang sebanyak 30 peratus, beliau berkata kementeriannya menyasarkan kawasan penanaman seluas 1,447 hektar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bawang merah
#bawang import
#Mohamad Sabu
#pertanian
#makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan