[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
MALAYSIA

Negara hargai pengorbanan dan komitmen TUDM - PM Anwar

Bernama 01/06/2025 | 12:45 MYT
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, Anwar berkata pengorbanan serta kesiapsiagaan anggota TUDM menjadi tunjang utama kepada keamanan dan kedaulatan tanah air yang dicintai. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah menunjukkan komitmen, keberanian dan kesetiaan dalam mempertahan ruang udara negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, Anwar berkata pengorbanan serta kesiapsiagaan anggota TUDM menjadi tunjang utama kepada keamanan dan kedaulatan tanah air yang dicintai.

"Teruskan legasi kecemerlangan, negara akan terus menghargai setiap titik peluh serta pengorbanan kalian. Dirgahayu TUDM Ke-67!" kata beliau.

Ulang Tahun TUDM ke-67 mengangkat tema 'Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara'.

-- BERNAMA



#TUDM #Perdana Menteri Anwar Ibrahim #pengorbanan #komitmen