Negara perlu 70 peratus bidang kerja STEM untuk jadi negara maju - MOSTI

MOSTI melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membudayakan STEM dalam kalangan masyarakat, termasuk penganjuran Karnival STI MADANI yang digerakkan ke seluruh negara sehingga ke kawasan pedalaman. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Negara perlu memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus peluang pekerjaan berasaskan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk mencapai status negara maju, kata Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Abdullah Daud.
Ringkasan AI
- Negara perlu pastikan sekurang-kurangnya 70% peluang pekerjaan berasaskan bidang STEM untuk capai status negara maju, menurut Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI MOSTI.
- MOSTI galakkan bidang STEM dengan merasmikan Karnival STI MADANI 2025 di UTC Kelantan, serta pelbagai inisiatif bagi membudayakan STEM di kalangan masyarakat.
- Program STI turut dilaksanakan mengikut kawasan Parlimen untuk pendedahan STEM secara menyeluruh kepada golongan sasar, termasuk pelantikan penyelidik untuk kumpul data minat pelajar terhadap STEM.
Abdullah berkata selaras dengan matlamat tersebut, MOSTI melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membudayakan STEM dalam kalangan masyarakat, termasuk penganjuran Karnival STI MADANI yang digerakkan ke seluruh negara sehingga ke kawasan pedalaman.
Beliau berkata pelaksanaan program STI tahun ini turut dibuat mengikut kawasan Parlimen bagi memastikan pendedahan terhadap bidang STEM dapat disampaikan secara menyeluruh kepada golongan sasar tanpa keciciran, dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar.
Abdullah berkata MOSTI juga melantik penyelidik dari Universiti Malaya bagi mengumpul data berkaitan kecenderungan dan minat pelajar terhadap bidang STEM menerusi pelaksanaan program STI.
"Kumpulan penyelidik ini telah mengeluarkan laporan interim yang mendapati beberapa negeri masih ketinggalan dari segi minat dan kecenderungan terhadap STEM, termasuk Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya.
--BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


