awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2025
20:15 MYT
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Terdapat dua aspek utama yang perlu diberi perhatian, iaitu kecepatan adaptasi ilmu pengetahuan berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) oleh masyarakat. - Gambar Freepik
KUALA LUMPUR: Beberapa insiden pencerobohan keselamatan siber di peringkat antarabangsa yang mengakibatkan kerugian besar membuktikan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesiapsiagaan siber mendepani gelombang ancaman kecerdasan buatan (AI).
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Sirajuddin Jalil menegaskan, terdapat dua aspek utama yang perlu diberi perhatian, iaitu kecepatan adaptasi ilmu pengetahuan berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) oleh masyarakat serta kemahiran negara dan organisasi dalam menyesuaikan undang-undang dan garis panduan yang mesti berubah dengan pantas, bukan sekadar mengikut tempoh berkala.
"Jenayah siber kini dikategorikan sebagai intelligence crime atau jenayah pintar yang menggunakan ilmu pengetahuan dan teknologi untuk menjerat pengguna yang cuai. Ancaman ini bukan sahaja melibatkan individu, tetapi juga organisasi.
"Jika sesebuah organisasi tidak mempunyai garis panduan jelas berkaitan penggunaan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI), penjenayah berpotensi mengeksploitasi struktur organisasi tersebut.
"Beberapa siri insiden pencerobohan keselamatan siber di peringkat antarabangsa telah mengakibatkan kerugian wang ringgit yang besar, membuktikan betapa seriusnya risiko ini dan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesiapsiagaan," katanya dalam Niaga Awani pada Selasa.
Jelasnya lagi, contoh perkembangan pesat platform AI seperti ChatGPT dan Google Gemini menunjukkan kadar kemas kini yang terlalu cepat sehingga menghasilkan kandungan hiper-realistik seperti deepfake, yang sukar dikenal pasti sama ada ia tulisan manusia atau janaan AI.
"Perubahan ini menuntut kita belajar dua kali ganda bukan sahaja memahami teknologi, tetapi juga memastikan sistem undang-undang dan garis panduan keselamatan siber sentiasa relevan," katanya.
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#keselamatan siber
#Persatuan Pengguna Siber Malaysia MCCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan