Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Negara perlu generasi muda berilmu, bersemangat pacu pembangunan negara - PM Anwar

PUTRAJAYA, 30 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Peserta Program MADANI Fellowship 2026 di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Peserta Program MADANI Fellowship 2026 di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, hari ini. - Foto Bernama
Advertisement

PUTRAJAYA: Negara memerlukan generasi muda yang mempunyai kekuatan semangat, kefahaman dan ilmu untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab besar dalam memacu pembangunan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bakat dan ciri kepimpinan belia seperti itu amat penting dalam mendepani pelbagai cabaran serta dinamika tadbir urus negara yang bersifat kompleks dan rencam.

"Bila saudara (peserta) duduk di sini (dalam perkhidmatan awam), saudara akan lihat bagaimana rencam, bagaimana rumit permasalahan yang kita hadapi. 

"Pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai wilayah, pelbagai kelompok yang menuntut sebaik mungkin daripada kita. Tetapi insya-Allah, kita dapat lakukan dengan sebaiknya," kata beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peserta Program MADANI Fellowship 2026 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta barisan menteri Kabinet.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement