KUALA LUMPUR: Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata tugas untuk mentransformasi dunia AI sebagai melengkapkan agenda pembangunan negara perlu dilaksanakan secara bersama dengan kementerian lain.
“Kita tidak lagi boleh bekerja secara silo. Universiti telah mengambil pendekatan melalui Malaysia AI Consortium.
“Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menjadi pemangkin kepada sistem pendidikan bersepadu AI.
“Ekonomi negara juga akan turut ditransformasikan sebagai satu bentuk ekonomi baharu yang diintegrasikan dengan AI, bagi memacu pertumbuhan mampan dan berdaya saing,” katanya.
Beliau berucap pada Program Malaysia AI Nexus 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Jumaat.
Hadir merasmikan program tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelas Zambry, Fakulti AI UTM berjaya ditubuhkan dalam tempoh empat bulan dengan kurikulumnya dipelopori oleh pakar tempatan dan luar negara.
Ujarnya, melalui penubuhan Malaysia AI Consortium pula, universiti awam dan swasta akan
mempunyai tumpuan dan fokus khusus.
“KPT menyahut seruan ini bagi membawa Malaysia bergerak pantas untuk menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan transformasi digital global.
“Usahasama ini menuntut kerjasama pelbagai pihak dan inilah langkah diambil oleh KPT melalui konsortium dalam mendepani kemajuan AI,” tambah Zambry.
Program Malaysia AI Nexus 2024 dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama UTM.
Ia bagi menunjukkan keupayaan Malaysia menerima teknologi AI dalam mengukuhkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat; selain mempromosikan peluang pengajian dan penyelidikan dalam bidang AI.
Hasimi Muhamad
Fri May 10 2024
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir (kiri) mengiringi Perdana Menteri ketika melawat tapak pameran pada Majlis Peluncuran Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia hari ini. - Foto Bernama
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).