Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa lagu Negaraku tidak boleh dinyanyikan dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan.
Jelasnya, semua rakyat Malaysia sepatutnya tahu dan mahir untuk menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa kebangsaan memandangkan ianya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, kebenaran hanya diberikan terjemahan lagu Negaraku yang ditulis dalam bahasa lain bagi meningkatkan kefahaman orang bukan Melayu dalam memahami maksud sebenar lagu terbabit.
“Kita tak boleh nyanyi Negaraku dalam bahasa lain, tapi makna Negaraku boleh dimasukkan dalam buku untuk mudahkan orang bukan Melayu faham.
“Tetapi, bukan untuk dinyanyikan dalam bahasa lain, menyanyi tetap kena guna bahasa kebangsaan kita,” kata Perdana Menteri ketika ditemui media selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Jabatan dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Parlimen Langkawi di Dewan Tan Sri Azizan Razak, Kuah, pada Ahad.
Pada Jumaat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan akan melakukan siasatan terperinci berhubung penularan video murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin.
KPM juga menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang melanggar peraturan membabitkan Perlembagaan Malaysia sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak.
Abdul Hadi Che Awang
Sun Dec 08 2019

PM menegaskan lagu Negaraku tidak boleh dinyanyikan dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan. - Bernama

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

Dakwaan wanita dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM sedang disiasat
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

PKP | Kerajaan pertimbang lanjut operasi perniagaan
Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6.00 pagi ke jam 10.00 malam.

PKPD | Penamatan PKPD di Amber Court, PPA Muar
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, di Bentong, Pahang dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Muar, Johor.

Tampal pelekat bahasa Cina - Tidak peka sentimen masyarakat majmuk
Abdul Rahman berkata, perbuatan ini juga melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

Negaraku hanya boleh dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan - Tun Mahathir
Semua rakyat Malaysia sepatutnya tahu dan mahir untuk menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa kebangsaan.

Ceritalah Indonesia - Jawa: Mengenai bahasa dan perpaduan
Secara berasingan, kesemua tujuh presiden Indonesia mempunyai darah Jawa - termasuk BJ Habibie kelahiran Sulawesi yang baru meninggal. BJ Habibie adalah separuh Jawa.

Mahkamah Tinggi benar tulisan jawi diajar di sekolah Cina, Tamil
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya berkata Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.

Martabatkan Bahasa Melayu di universiti - Awang Sariyan
Bahasa Melayu akan berhadapan cabaran besar jika universiti selaku gedung ilmu tidak menghargai peranan besar bahasa itu dalam memberi nilai ilmu kepada masyarakat.

Ada pemimpin Melayu tidak tegas angkat Perlembagaan Persekutuan - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal terdapat segelintir pemimpin Melayu yang tidak tegas mengangkat Perlembagaan Persekutuan.

Dua sekolah diberi peringatan kerana larangan doa, guna bahasa Cina di PSV - KP Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata pihaknya mengambil maklum kedua-dua isu yang tular di media sosial itu dan sedang mempertimbang mengambil tindakan tatatertib jika perlu.

Memartabat bahasa kebangsaan, memperkukuh jati diri
Pembinaan jati diri bangsa Malaysia sangat wajar dipupuk melalui bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dalam wadah pendidikan negara.

Bahasa kebangsaan perlu diperkasa dalam semua bidang - MB Johor
Penggunaan bahasa Melayu sebenarnya mampu mengangkat bahasa tersebut ke peringkat lebih tinggi dan mencipta wibawa Malaysia di mata dunia.

DBP tidak setuju MySC19 ganti Hari Sukan Negara
Menurut DBP, jika KBS perlu mengadakan program di luar negara, bahasa Melayu masih boleh digunakan bersama bahasa Inggeris.