awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan komited ke arah penguasaan AI, transformasi digital

Bernama
Bernama
23/08/2025
14:15 MYT
Negeri Sembilan komited ke arah penguasaan AI, transformasi digital
Anwar (tengah) hadir sempena Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai hari ini. Turut hadir Shamsul Azri (kiri), Gobind (dua, kanan) dan Aminuddin. - Gambar Bernama
NILAI: Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk menerima anjakan paradigma dalam bidang teknologi digital dengan mempergiatkan usaha memperkasakan penjawat awam melalui penguasaan pengetahuan kecerdasan buatan (AI), sebagai langkah proaktif ke arah transformasi digital yang menyeluruh.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata usaha ini selari dengan matlamat Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2027 untuk melahirkan masyarakat celik digital demi meningkatkan daya saing negeri dalam era teknologi.
"Perkara ini juga turut diperluas ke dalam perancangan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuklah Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang berhasrat menjadikan Seremban sebagai Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon menjelang 2027.
"Usaha MBS ini selaras dengan Agenda Pembangunan Negara yang mendukung Agenda Pembangunan Mampan sekali gus menjamin kemampanan kualiti hidup masyarakat negeri ini," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut dihadiri Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Aminuddin berkata dalam usaha ke arah pembangunan digital, negeri ini adalah yang pertama memiliki pelabuhan kontena pintar dan hab halal pertama berteknologi tinggi bercirikan AI.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri menyasarkan kedatangan 20 juta pelancong pada tahun ini bersempena dengan Tahun Melawat Negeri Sembilan dan Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan memberikan penekanan kepada tiga produk pelancongan utama, iaitu pantai peranginan di Port Dickson, ekopelancongan dan keunikan budaya adat perpatih di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#penjawat awam
#Adat Perpatih
#produk pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan