MALAYSIA
Negeri Sembilan lancar Bandar Pembuatan AI Fotonik bernilai AS$20 bilion
Aminuddin berkata, projek itu sedang direalisasikan menerusi kerjasama antara Hosein Family Office (AS) dan Gan Family Office (Malaysia). - Bernama
SEREMBAN: Negeri Sembilan telah mengumumkan pembangunan Bandar Pembuatan AI Fotonik Termaju Nilai, inisiatif pengkomputeran fotonik dan semikonduktor berskala besar pertama seumpamanya di dunia.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun melalui satu kenyataan berkata projek itu sedang direalisasikan menerusi kerjasama antara Hosein Family Office (AS) dan Gan Family Office (Malaysia).
Pengasas kepada teknologi mendalam Hosein Family Office, Mehamood Hosein telah menerajui inisiatif tersebut dengan lebih 30 tahun pengalaman global dalam sistem temporal masa nyata, inovasi semikonduktor termaju dan pengkomputeran fotonik. Gan Family Office pula menyumbang 1214.06 hektar (3,000 ekar), menurut kenyataan itu.
Aminuddin berkata projek itu, yang dirancang pada skala kira-kira AS$20 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang, dijangka memberi manfaat besar.
"Ini termasuk 40,000 pekerjaan mahir bergaji tinggi, 20,000 pekerjaan tidak langsung yang merentasi industri sokongan dan sejumlah 60,000 peluang pekerjaan jangka panjang," kata Aminuddin.
"Pembangunan itu akan merangkumi kemudahan penyepaduan cipset fotonik, kilang interposer kaca dan pandu gelombang, talian pemasangan sistem pengiraan AI, pusat penyelidikan berkembar digital dan AI masa nyata kebangsaan, akademi latihan teknologi dan kejuruteraan teknologi mendalam termasuk sebuah perbandaran bersepadu bagi menyokong pertumbuhan industri dan tenaga kerja," katanya.
Aminuddin berkata Bandar Pembuatan AI Fotonik Termaju Nilai ini akan memperkenalkan pengkomputeran fotonik terkini, yang mana, data akan bergerak melalui cahaya dan bukannya elektrik.
"Ini membolehkan kelajuan yang lebih tinggi secara dramatik, haba yang lebih rendah dan kecekapan tenaga yang jauh lebih besar, membolehkan Malaysia melonjakkan pembuatan semikonduktor elektrik tradisional," katanya.
Beliau berkata seni bina fotonik secara meluas dianggap sebagai platform seterusnya untuk teknologi semikonduktor, menyediakan prestasi, skala dan kecekapan yang diperlukan bagi menyokong AI termaju, infrastruktur digital nasional serta sistem perindustrian generasi akan datang.
Ini akan meletakkan Malaysia antara negara pertama yang membina platform semikonduktor masa depan dan hab pembuatan semikonduktor fotonik berskala besar pertama di Asia Tenggara.
-- BERNAMA