awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekurangan anggota, beban kerja antara faktor ketirisan di pintu masuk negara - KP Imigresen
Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar
Tebing Barat hadapi krisis kemanusiaan terburuk sejak 1967 - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan sedia kemuka semula usul hadkan tempoh jawatan MB

Bernama
Bernama
21/01/2026
12:00 MYT
Negeri Sembilan sedia kemuka semula usul hadkan tempoh jawatan MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun ketika sidang media pasca mesyuarat exco di Wisma Negeri hari ini. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bersedia mengemukakan semula usul bagi mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal selaras dengan rang undang-undang (RUU) had tempoh jawatan Perdana Menteri yang bakal dibentangkan di Parlimen.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Negeri Sembilan sedia mengemukakan semula usul had tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal selaras dengan RUU had tempoh jawatan Perdana Menteri yang bakal dibentangkan di Parlimen.
  • Pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 berkaitan langkah mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal pernah diusulkan tetapi tidak diluluskan kerana gagal memperoleh sokongan dua pertiga ADUN.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentangan RUU had tempoh jawatan Perdana Menteri ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 di Putrajaya, awal bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 bagi Perkara 38 berkaitan langkah mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal pernah diusulkan namun tidak diluluskan kerana gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada awal Disember 2021.
"Kita boleh bawa RUU itu semula ke sidang DUN akan datang... saya tiada masalah... sebelum ini ditolak kerana tidak cukup undi disebabkan tidak mendapat sokongan ADUN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mengenai pembentangan rang undang-undang had tempoh jawatan Perdana Menteri itu ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, awal bulan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Sembilan
#Menteri Besar
#Aminuddin Harun
#Rang Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan