awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan timbang insentif kewangan kepada syarikat tempatan terlibat pembangunan AI

Bernama
Bernama
09/05/2024
07:49 MYT
Negeri Sembilan timbang insentif kewangan kepada syarikat tempatan terlibat pembangunan AI
Mohd Faizal menyampaikan ucapan semasa sesi perbahasan pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15 hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan menimbangkan pemberian insentif kewangan kepada syarikat tempatan yang terlibat dalam pembangunan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sekiranya kewangan kukuh, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri Datuk Mohd Faizal Ramli berkata insentif termasuk subsidi, pemotongan cukai, atau pemberian geran itu bertujuan menggalakkan inovasi dan penggunaan teknologi berkenaan dalam pelbagai sektor.
"Contohnya projek pertanian pintar berasaskan Internet Benda (IoT) di Sendayan, melibatkan peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM300,000 dan pada masa kini dalam peringkat percubaan dengan memberi tumpuan kepada latihan dan pembelajaran kepada peserta," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Choo Ken Hwa (PH-Lukut) yang ingin tahu hala tuju dan dasar kerajaan negeri bagi pembangunan ekosistem inovasi AI dalam pelbagai sektor sekali gus menaikkan mutu dan kualiti kehidupan rakyat.
Sementara itu Mohd Faizal berkata kerajaan negeri melalui pemimpin masyarakat tempatan boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang potensi dan implikasi teknologi AI.
Beliau berkata kerajaan negeri juga mengorak langkah dengan mewajibkan semua penjawat awam negeri melengkapkan pembelajaran kendiri melalui program 'AI untuk Rakyat' secara dalam talian sebagai langkah awal meningkatkan kesedaran mereka terhadap teknologi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Sembilan
#insentif kewangan
#syarikat tempatan
#kecerdasan buatan
#AI
#Mohd Faizal Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan