awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan 2 beradik dikhuatiri lemas: Mayat adik ditemui, abang masih hilang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/06/2023
10:30 MYT
Nelayan 2 beradik dikhuatiri lemas: Mayat adik ditemui, abang masih hilang
Mayat mangsa berjaya dibawa keluar oleh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta dibantu oleh penduduk tempatan. - Gambar/ Maritim Malaysia
ALOR SETAR: Mayat salah seorang daripada nelayan dua beradik yang hilang ketika keluar ke laut untuk memukat udang ditemukan tersangkut di dalam lumpur paya bakau di Kuala Kangkung, di sini hari ini.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, mayat mangsa telah disahkan sebagai Mohd Farizan Tajuddin, 41, ditemui nelayan tempatan kira-kira jam 4.20 petang.
“Mayat mangsa ditemui di dalam lumpur paya bakau oleh nelayan yang turut sama dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Mayat berjaya dibawa keluar oleh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta dibantu oleh penduduk tempatan.
“Pengecaman mayat telah dibuat dan disahkan oleh keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Bagaimanapun seorang lagi mangsa iaitu abangnya, Mohd Faudzi Tajuddin, 48, belum ditemui.
Noor Azreyanti berkata, operasi SAR diteruskan ketika ini sambil dibantu Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta beberapa bot nelayan tempatan.
Sebelum itu Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerima laporan daripada saudara mangsa pada jam 4.45 pagi.
Dua beradik itu dikatakan menaiki sebuah bot dari Jeti Kuala Sala ke laut untuk memukat udang sebelum dibadai ribut menyebabkan bot dinaiki mereka terbalik.
Bot terbabit ditemui terapung di laut oleh bot nelayan tempatan namun dua beradik itu gagal dikesan.
Topic Berkaitan
#nelayan hilang
#Kedah
#kuala sala
#Nelayan lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan