awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan didakwa lakukan kelucahan melampau

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2023
06:26 MYT
Nelayan didakwa lakukan kelucahan melampau
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 337D (Akta 574) yang boleh dihukum sehingga tempoh lebih dua tahun. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap sorang gadis di bawah jagaannya pada 20 Oktober lalu.
Tertuduh yang berusia 44 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan cabul terhadap mangsa selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret, Ahmad Syafiq Aizat Nazri.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu dalam sebuah bilik di sebuah rumah di sebuah kampung di Jalan Kuala Besar kira-kira jam 4 petang.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 337D (Akta 574) yang boleh dihukum sehingga tempoh lebih dua tahun.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 bersama syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu saksi dan mangsa.
Sementara itu, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGA) yang mewakili tertuduh, Ariyani Mohd Amin merayu mahkamah mengurangkan jaminan terhadap tertuduh kerana berpendapatan rendah iaitu RM70 hingga RM80 sehari selain perlu menyara isteri dan empat lagi anak.
Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan tidak tidak mengganggu mangsa serta saksi.
Mahkamah turut menetapkan 16 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kelucahan melampau
#kes cabul
#Kelantan
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan