awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut

Bernama
Bernama
11/02/2017
23:47 MYT
Nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut
Nelayan terbabit dipercayai terjatuh ke dalam laut ekoran keadaan laut yang bergelora. - Gambar hiasan
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti Mersing selepas menangkap ikan di Pulau Aur, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Mersing DSP Cyril Edward Nuing berkata Teoh Cheng Heng, 61, dari Taman Bintang 1, Pantai Remis, Perak, disedari tidak berada di dalam bot oleh dua rakannya ketika sampai di kawasan berhampiran Kuala Mersing, kira-kira 10.30 malam.
"Terdahulu, Teoh dan dua rakannya itu telah keluar menangkap ikan menggunakan bot kelas A ke Pulau Aur, pada 11.30 malam, dua hari lepas (Khamis).
"Dia dipercayai terjatuh ke dalam laut ekoran keadaan laut yang bergelora," katanya yang dihubungi di sini pada Sabtu.
Menurutnya, gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat. -- Bernama
Topic Berkaitan
#DSP Cyril Edward Nuing
#Ketua Polis Daerah Mersing
#Nelayan lemas
#Pulau Alur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan