BATU PAHAT: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam Rabu lepas di perairan Parit Hailam, ditemukan mati pagi ini, dengan mayatnya tersangkut pada jaring pukat.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata mayat Te Chia Rong ditemukan oleh pasukan penyelam pihak swasta yang dilantik keluarga nelayan berkenaan.
Beliau berkata mayat yang ditemukan pada kedalaman 40 meter di dasar laut itu berjaya dibawa naik ke permukaan pada pukul 11.45 pagi setelah usaha menaikkannya dimulakan pukul 10 pagi, dan ia kemudiannya dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat.
"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan sehingga kini kerja-kerja menyelam sedang giat dijalankan bagi mengesan seorang lagi mangsa Chia Hock Neng, 60, yang dipercayai terperangkap di dalam bot berkenaan.
"Usaha mengapungkan bot berdepan dengan masalah cuaca buruk, dan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berharap dapat menemukan seorang lagi mangsa sebaik sahaja bot itu berjaya diapungkan," katanya pada sidang media di Pejabat Zon Maritim Batu Pahat di sini hari ini.
Rabu lepas sebuah bot nelayan dengan empat kru dilaporkan karam akibat cuaca buruk dan ombak besar pada kira-kira pukul 5 petang, mengakibatkan Te Chia Rong, 38, dan Chia Hock Neng hilang, manakala Te Chia Haur, 40, dan Tee Kian Muar, 33, terselamat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022

Mayat Te Chia Rong ditemukan oleh pasukan penyelam swasta yang dilantik keluarga nelayan berkenaan. - Gambar hiasan

Siasatan seleweng RM2.3 bilion dana negara: SPRM beku akaun bank RM39 juta
Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka telah dibekukan.

#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.

Aidiladha: Jualan tiket tambahan kereta api ke Pantai Timur bermula malam ini
Jualan tiket tambahan bagi perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidiladha dibuka mulai 8 malam ini.

Hafidz bakal sahkan status hubungan dengan Athira selepas bercerai
Ditanya mengenai dakwaan berkelakuan seperti seorang yang psiko, Hafidz berkata dia tidak menghiraukan tuduhan netizen.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.

Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Serangan pisau Perancis: 'Tiada petunjuk motif pengganas' - Pendakwa Raya
Suspek lelaki adalah pelarian gelandangan yang tiba di Annecy pada musim luruh tahun lalu, dan kini dalam tahanan polis.

20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh
Lima daripada mereka dihantar ke hospital di Houston menggunakan helikopter dan selebihnya dengan bantuan ambulans dan kenderaan persendirian.

Saya didakwa berhubung dokumen sulit - Trump
Trump berkata dia sepatutnya hadir di mahkamah Miami pada Rabu.

Nelayan 2 beradik dikhuatiri lemas: Mayat adik ditemui, abang masih hilang
Mayat salah seorang daripada nelayan dua beradik yang hilang ketika keluar ke laut untuk memukat udang ditemukan tersangkut di dalam lumpur paya bakau di Kuala Kangkung, di sini hari ini.

Nelayan dua beradik dikhuatiri lemas perahu dipukul ribut
Dua beradik yang juga nelayan dikhuatiri lemas selepas perahu mereka dipercayai terbalik akibat dipukul ribut di perairan Kuala Sala, di sini, hari ini.

Mayat nelayan yang hilang di perairan Sarawak ditemukan
APMM menemukan mayat seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang pada Isnin lepas susulan bot dinaikinya karam di laut berdekatan Tanjung Jerijih.

Tiada petunjuk baharu kehilangan nelayan di perairan Sarawak
Maritim Malaysia belum menemukan sebarang petunjuk baharu berkenaan kehilangan seorang nelayan tempatan selepas bot dinaikinya karam di laut berdekatan Tanjung Jerijih.

SAR cari nelayan hilang jatuh laut ditamatkan
Operasi SAR seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot di perairan Pulau Tenggol, Dungun sejak Selasa lalu terpaksa ditamatkan pada Sabtu.

Bot nelayan Taiwan karam, kru masih hilang
Pengawal Pantai Jepun pada Isnin menjalankan misi mencari untuk mengesan tujuh orang yang hilang dalam insiden bot nelayan Taiwan karam berhampiran Pulau Ishigaki, lapor Sputnik memetik penyiar NHK.

Operasi SAR nelayan Indonesia hilang dihenti
Operasi SAR seorang nelayan Indonesia yang dikhuatiri lemas setelah menyelam ke dalam laut untuk memotong jaring dekat Labuan dihentikan.

APMM teruskan SAR nelayan Indonesia hilang di perairan Labuan
Mangsa dilaporkan hilang selepas menyelam ke dalam laut untuk memotong jaring yang tersangkut pada enjin bot.

Nelayan dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan
Zaizali Harun dilaporkan keluar ke laut dari Kuala Sanglang, Perlis menuju ke Selat Bagan Nyior tidak pulang sejak pukul 4.30 petang Isnin.

15 jam berpaut pada tong minyak, nelayan warga asing ditemui selamat
Seorang nelayan warga Indonesia yang terjatuh daripada bot terapung di laut selama 15 jam dengan berpaut pada tong minyak sebelum ditemui dan diselamatkan hari ini.