IPOH: Seorang lelaki nekad terjun ke dalam Sungai Beriah di Alor Pongsu dekat Bagan Serai untuk menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam keretanya selepas kenderaannya terbabas ke dalam sungai tersebut.
Mohd Sabri Awang, 56, dari Kampung Matang Tengah, Changkat Lobak berkata kejadian berlaku kira-kira 6.40 petang semalam semasa beliau dalam perjalanan ke rumah ibunya di sekitar kawasan berhampiran.
Menceritakan lebih lanjut, Mohd Sabri berkata beliau dimaklumkan terdapat mangsa terperangkap di dalam sebuah kereta yang terbabas ke dalam sungai.
"Saya bersama seorang lagi rakan lelaki secara kebetulan berada di situ bertindak terjun untuk menyelamatkan mangsa yang masih berada dalam kereta itu.
"Kira-kira 10 minit, pintu bahagian penumpang hadapan berjaya dibuka kerana tidak berkunci dan wanita itu dapat dikeluarkan dari keretanya," katanya ketikan dihubungi Bernama hari ini.
Menurutnya ketika diselamatkan, wanita itu tidak tenggelam lagi kerana tindakan pantas orang awam yang menyedari kejadian itu.
Mohd Sabri yang bekerja sebagai nelayan darat berkata mangsa dibawa pulang ke rumahnya terlebih dahulu bagi menenangkan wanita itu yang berada dalam keadaan trauma akibat kejadian tersebut.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata mangsa yang berusia 37 dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Gerik.
"Mangsa yang berjaya diselamatkan tidak mengalami sebarang kecederaan namun berada dalam keadaan trauma. Sejurus sahaja mangsa berjaya dikeluarkan kereta mangsa terus tenggelam ke dasar sungai tersebut," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Kereta mangsa tenggelam ke dasar sungai sebaik dia berjaya diselamatkan. - Gambar/ JBPM
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Nelayan nekad terjun sungai selamatkan wanita terperangkap dalam kereta
Seorang lelaki nekad terjun ke dalam Sungai Beriah di Alor Pongsu dekat Bagan Serai untuk menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam keretanya.
Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah
Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah di kawasan tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Puchong, dekat sini dalam kejadian petang Isnin.
Hujan lebat cetus banjir kilat, ratusan kenderaan terkandas di Johor Bahru
Hujan lebat kira-kira satu jam sejak pukul 12 tengah hari itu menyebabkan beberapa jalan utama di bandar raya ini dinaiki air.