MALAYSIA
Nelayan Sebatik harap pertikaian Ambalat selesai agar hasil laut dapat dimanfaatkan
Bagi nelayan Sebatik, ketidaktentuan sempadan ini bukan sekadar isu geopolitik, tetapi menyentuh terus kehidupan harian mereka. - Foto Astro AWANI/Seth Akmal.
TAWAU: Nelayan di Pulau Sebatik berharap agar pertemuan pemimpin Malaysia dan Indonesia dapat membawa penyelesaian konkrit terhadap isu pertikaian sempadan maritim di Zon ND6 dan ND7, yang lebih dikenali sebagai Ambalat.
Wilayah di kawasan Laut Sulawesi itu bukan sahaja kaya dengan minyak dan gas, malah dipercayai turut memiliki hasil laut yang banyak namun potensi itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya susulan pertikaian yang tidak berpenghujung.
Bagi komuniti nelayan tempatan, ketidaktentuan sempadan ini bukan sekadar isu geopolitik, tetapi menyentuh terus kehidupan harian mereka yang bergantung kepada hasil laut untuk mencari rezeki.
Menurut Ketua Kampung Pisak-Pisak, Harom Taboyo, 57 tahun, kedudukan Ambalat yang sangat hampir dengan Pulau Sebatik sepatutnya menjadikan kawasan itu sebagai sumber utama pencarian nelayan.
“Kami berharap kerajaan kalau boleh dapatkan (wilayah) Ambalat untuk rakyat Malaysia, bagi kami nelayan di kawasan pulau ini, ia merupakan tempat pencarian ikan yang sesuai.
“Kalau pertikaian ini selesai, kami tak akan terganggu bila menangkap ikan, kami akan tahu sama ada Ambalat dalam kawasan Malaysia atau tidak,” katanya.
Menurutnya, walaupun kawasan itu dekat dengan mereka namun para nelayan enggan mengambil risiko tersasar ke perairan tersebut kerana sempadan yang tidak jelas.
“Kami nelayan di pulau ini memang tidak mahu (pergi) dekat semenjak ada pertikaian, memang kami tidak mahu ke situ,” katanya semasa wawancara bersama Astro AWANI.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dijadual mengadakan pertemuan Rundingan Tahunan ke-13 di Jakarta hari ini.
Kedua-dua pemimpin dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global yang menjadi kepentingan bersama.
Anwar akan diiringi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Pada 22 Julai lalu, Perdana Menteri menegaskan bahawa isu sempadan bukan perkara remeh dan Malaysia tidak akan menyerahkan walau seinci pun tanah sama ada di laut, darat atau udara.