awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan Sumatera temui harta karun, artifak dipercayai dari empayar Srivijaya

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2021
02:00 MYT
Nelayan Sumatera temui harta karun, artifak dipercayai dari empayar Srivijaya
Nelayan menemukan sejumlah harta dan artifak menakjubkan, antaranya termasuklah batu permata, cincin emas, syiling dan loceng gangsa sami. -Foto Twitter/@wreckwatchmag
SEJAK lima tahun lalu, nelayan yang menerokai Sungai Musi berhampiran Palembang, telah menemui sejumlah harta karun dan artifak menakjubkan, antaranya termasuk batu permata, cincin emas, syiling dan loceng gangsa sami.
Salah satu penemuan paling luar biasa setakat ini ialah patung Buddha bersaiz besar bertatahkan permata dari abad ke-8, yang dianggarkan bernilai jutaan pound.
Kesemua artifak ini dipercayai wujud sejak peradaban Srivijaya, sebuah kerajaan antara abad ke-7 dan ke-13 yang tiba-tiba lenyap satu abad kemudian.
"Ramai ahli sejarah yang cuba 'memburu' khazanah Srivijaya sehingga ke Thailand dan India, namun tidak banyak yang ditemui," kata Dr Sean Kingsley, seorang ahli arkeologi maritim Britain kepada portal Mail Online.
''Bahkan di Palembang, lokasi kerajaan itu lenyap, para ahli arkeologi gagal mencari bahan bukti yang cukup walaupun untuk sebuah perkampungan kecil.
"Srivijaya benar-benar cermat menjaga rahsianya.
"Sejak lima tahun kebelakangan ini, barulah kita menemui barangan luar biasa.
"Duit syiling, patung emas Buddha, permata dan semua jenis barangan yang mungkin anda baca dalam kisah Sinbad, tetapi ia sebenarnya wujud di alam nyata," tambahnya.
Patung Buddha bersaiz besar antara yang berjaya ditemui.
Patung Buddha bersaiz besar antara yang berjaya ditemui.
Empayar Srivijaya adalah kerajaan maritim yang berkembang antara abad ke-7 dan ke-13, kini dikenali sebagai Indonesia.
Ia berasal dari Palembang di pulau Sumatera tetapi memperluaskan pengaruhnya dan menguasai Selat Melaka.
Tidak jelas mengapa kerajaan itu runtuh.
Kingsley mengakui sering terfikir jika ia mengalami nasib yang sama seperti Pompeii yang 'hilang' akibat bencana gunung berapi atau mungkin dilanda badai, ditelan arus sungai yang deras.
Selain aktiviti pencarian oleh nelayan tempatan, belum ada operasi pencarian atau penggalian rasmi, yang sekali gus menjadi punca mengapa banyak persoalan tidak terjawab, lapor Guardian.
Topic Berkaitan
#Srivijaya
#Artifak
#harta karun
#Sean Kingsley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan