awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BN tolak 'tebuk atap', kekal bersama Kerajaan Perpaduan - Zahid Hamidi
[TERKINI] Tun M dimasukkan ke IJN
[TERKINI] Jeneral Azhan dilantik Panglima Tentera Darat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan Vietnam nekad terjun laut elak ditahan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/07/2021
00:07 MYT
Nelayan Vietnam nekad terjun laut elak ditahan
Anggota pasukan yang bergegas ke lokasi mendapati nelayan berkenaan sedang melakukan aktiviti penangkapan hasil laut di perairan negara tanpa kebenaran. -APMM
KUALA TERENGGANU: Terjun ke dalam laut bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Itu tindakan nekad beberapa nelayan Vietnam selepas dikesan menceroboh perairan negara.
Bagaimanapun usaha itu hanya sia-sia apabila taktik mereka berjaya dihidu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata ketika melaksanakan Op Kuda Laut, pihaknya menerima maklumat daripada Pusat Operasi Maritim Terengganu (Pusop) berkaitan kehadiran bot-bot mencurigakan di sekitar sempadan perairan negara.
Anggota pasukan yang bergegas ke lokasi mendapati nelayan berkenaan sedang melakukan aktiviti penangkapan hasil laut di perairan negara tanpa kebenaran.
Beberapa nelayan asing itu juga cuba melarikan diri dengan terjun ke laut sebaik menyedari kehadiran anggota.
Walau bagaimanapun, pihaknya berjaya menahan 13 nelayan bersama dua bot pada jarak antara 108 hingga 112 batu nautika dari Kuala Terengganu di antara jam 9 dan 10 pagi pada Sabtu.
Muhammad Suffi berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua nelayan termasuk tekong berusia di antara 22 dan 41 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Beliau berkata menerusi tangkapan itu, pihaknya merampas pelbagai hasil laut, diesel dan peralatan ikan yang dianggarkan bernilai RM3 juta.
Katanya, kesemua mereka dibawa ke Jeti Maritim Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.
Topic Berkaitan
#nelayan
#warga asing
#Vietnam
#Op Kuda Laut
#APMM
#ceroboh perairan negara
#Akta Imigresen
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan